Saturday, September 3, 2016

PESANAN SEORANG RAKAN BEKAS PEGAWAI TINGGI DIPEJABAT PERDANA MENTERI SEKARANG-


PESANAN SEORANG RAKAN BEKAS PEGAWAI TINGGI DIPEJABAT PERDANA MENTERI SEKARANG-

Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun M.

1. Semasa era Tun M menjadi Perdana Menteri serta Menteri Dalam Negeri dan Tunku masih hidup tidak pernah sekalipun Tunku dipanggil polis untuk memberi keterangan walau apa2 pun Tunku kata atau tulis dalam kolumnnya di akhbar The Star. Tidak ada sebuahpun buku Tunku diharamkan. Begitu juga Tun Hussein tidak pernah dipanggil polis

2. Hanya selepas permit akhbar the star diberi kembali setelah dibatalkan pada tahun 1987 barulah kolum Tunku dalam The Star dipaksahenti

3.Tidak ada panggilan oleh polis ini termasuk apabila Tunku dan Tun Hussein (buat kali kedua) tidak lagi menjadi ahli UMNO selepas pengharaman UMNO

4.Malahan semasa era 1981-1990 pelbagai yang telah Tun M lakukan untuk memuliakan Tunku. Kemuncaknya selepas Tunku mangkat pembinaan memorial Tunku Abdul Rahman. PWTC dan Putrajaya lambang hormat Tun M terhadap Tunku

5.Almarhum Tunku tidak menyalahkan Tun M kerana kejatuhannya. Ada orang lain yang disalahkan

6. Perbuatan memanggil negarawan yang banyak berjasa kepada negara ini ialah perbuatan biadap dan kurang ajar

tq Firdaus Abdullah

1 comment:

  1. mereka yang mengikuti fakta sejarah tidak mudah diperbodohkan dengan dakyah lucah orang yang bersalah.
    banyak yang tak tahu atau buat-buat tak tahu mudah keliru beza fakta dengan auta.
    tulisan begini harus disebar luas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...