Bangsa Cipta Reka
Apalah ertinya merdeka
Jika orang kita leka tiada tenaga
JIka anak bangsa tiada rasa peka
pada semua jerih sengsara
pada semua jerih luka
dalam mencari jaya yang membara
dalam mencipta cita-cita
Jika orang kita leka tiada tenaga
JIka anak bangsa tiada rasa peka
pada semua jerih sengsara
pada semua jerih luka
dalam mencari jaya yang membara
dalam mencipta cita-cita
Apakah kita tidak mengerti
tanpa naffs mencipta, kita mati
tanpa hidup reka, jiwa berhenti
kita tidak lagi punya arah erti
kita hilang wawasan di hujung hati
tanpa naffs mencipta, kita mati
tanpa hidup reka, jiwa berhenti
kita tidak lagi punya arah erti
kita hilang wawasan di hujung hati
Bangsaku Malaysia yang merdeka
haruslah kau ilham dan kau cipta
mesti kau cerna dan kau bina
dan cahayakan minda yang beriiring masa
ciptalah, rekalah dan binalah
apa sahaja untuk kita dan untuk dunia
supaya merdeka kita bermakna
supaya negara kita berwibawa
haruslah kau ilham dan kau cipta
mesti kau cerna dan kau bina
dan cahayakan minda yang beriiring masa
ciptalah, rekalah dan binalah
apa sahaja untuk kita dan untuk dunia
supaya merdeka kita bermakna
supaya negara kita berwibawa
Kerana
setiap apa yang kau cipta
setiap apa yang kau reka
setiap apa yang kau bina
membawa jiwa bangsa
ke mercu dunia yang bercahaya
setiap apa yang kau cipta
setiap apa yang kau reka
setiap apa yang kau bina
membawa jiwa bangsa
ke mercu dunia yang bercahaya
Dengan reka, dengan cipta
kau letakkan negara
kau letakkan bangsa
pada tinggi mercu maju nusa
dengan urat fikir yang berjaya
atas erti dan makna
apabila kita wujud dengan anak Malaysia
yang bernafas kencang gemilang geliga
sebagai bangsa cipta reka
yang hasilnya untuk dunia
dan pulangannya
untuk warisan kita
kau letakkan negara
kau letakkan bangsa
pada tinggi mercu maju nusa
dengan urat fikir yang berjaya
atas erti dan makna
apabila kita wujud dengan anak Malaysia
yang bernafas kencang gemilang geliga
sebagai bangsa cipta reka
yang hasilnya untuk dunia
dan pulangannya
untuk warisan kita
AAH
Merbok
7 September 2016
HSAH Sg Petani,Kedah
Merbok
7 September 2016
HSAH Sg Petani,Kedah
No comments:
Post a Comment