Thursday, September 15, 2016

Melayu Nyanyuk versi UMNO


Salam Sejahtera, Salam Hari Malaysia
1. Sempena Hari Malaysia ke 53, saya ingin membalas kritikan ahli Exco Pemuda UMNO, Yang Berbahagia Dato' Hazali Abu Hassan tentang kegusaran beliau mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), masyarakat Melayu dan usaha mencari hantu puaka di dalam DAP.
2. YBBhg Dato' adalah kawan baik saya. Saya harap ini adalah permulaan era politik matang yang rela berdialog, mengenepikan emosi, berhemah dalam pertuturan tanpa cacian atau celaan semata-mata atas perbezaan pendapat. Kita bukan budak budak lagi.
3. Saya ingin tahu benar, kenapa desakan perkataan Pribumi keatas PPBM?
4. Adakah UMNO berdegil menggunakan "Pribumi" semata-mata untuk meneruskan perpecahan antara kaum dan juga bangsa Melayu itu sendiri?
5. YBbhg Dato sendiri mengaku beliau gusar akan perpecahan masyarakat Melayu. Hakikatnya, sebelum tertubuhnya PPBM, masyarakat Melayu memang sudah berpecah-belah terutama di kalangan parti politik - PAS, Parti Sosialis, Parti Amanah, PKR, DAP.
6. Dorongan dan paksaan supaya masyarakat Melayu hanya pilih UMNO adalah satu sifat yang seakan memperhambakan masyarakat kita. Sedangkan UMNO yang punya 3.5 juta ahli (yang semakin berkurangan) tidak semestinya mewakili 15 juta orang Melayu?
7. Dorongan dan paksaan dengan cara mengugut dan mencela orang supaya mempertahankan UMNO sahaja akan hanya lebih membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat. Ini apa yang disebut sebagai Ketuanan Melayu.
8. PPBM ingin memerdekakan minda Melayu dengan memperkasakan Maruah Melayu. Maruah Melayu berasaskan adat resam Melayu dan berpegang kepada nilai nilai Islam. Manakala Ketuanan Melayu sekarang bertentangan dengan Maruah Melayu - nak jadi tuan dengan cara cara berkasar dan menjerit macam Beruk.
9. YBbhg Dato' banyak menggunakan tanggapan tentang DAP (37 kerusi sahaja, sikit nya) bahawa DAP akan memperhambakan PPBM dan orang Melayu.
10. Ini tak betul. DAP sendiri mengakui bahawa PPBMlah yang akan menyatupadukan semua pihak Pembangkang atas dasar-dasar mampan dan membawa sebahagian besarnya ke pangkal jalan dan suatu jalan penyelesaian.
11. DAP sebagai pembuli? Kata dulang, paku serpih. Mengata orang, awak yang lebih! Bukan kah UMNO yang selalu membuli rakan rakan mereka di dalam gabungan Barisan Nasional? Walau bagaimana cenderung sekali seorang buli, ianya hanya boleh bersifat sedemikian jika kita suatu bangsa yang bodoh sombong dan takut akan bayang-bayang kita sendiri sehinggakan kita tidak sedar diri kita dipermainkan.
12. Benar Politik adalah pemainan angka. Tetapi rakyat Malaysia tak sanggup dengar teori Matematik yang berdasarkan teori apabila kos sara hidup yang semakin meningkat di dalam benak fikiran mereka.
13. Perlembagaan Malaysia bukan hak Barisan Nasional sahaja. PPBM akan memperkasakan Perlembagaan Persekutuan untuk semua rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk kembali ke jalan yang benar yang diimpikan nenk moyang kita, tetapi kita harus bekerja keras untuk memperbetulkan institusi institusi yang sekarang tergugat kerana kerenah pemimpin BN.
14. Melayu tidak akan kalah di bumi Malaysia, insyaAllah. UMNO patut mandi bunga (lebih baik kalau guna bunga PPBM) dan berhenti memomokkan DAP, Yahudi, dan makhluk asing dari Marikh. Orang-orang anda sendiri mencaci dan mencela kamu, suatu petanda bahawa pemikiran UMNO itu yang menyebabkan UMNO itu semakin undur.
15. Kerana PPBM, masyarakat Melayu sudah mula bangun dari dadah yang disumbat oleh UMNO dan politik perpecahan yang tidak mampu membawa kemajuan. Hanya Maruah Melayu yang akan dapat memerdekakan bangsa Melayu dari belenggu Ketuanan bangsa sendiri.
Bersatu, Beramanah, Bermaruah
-----------------------------------------
Salam Sejahtera, Salam Hari Malaysia
1. On the 53rd Malaysia Day, I wish to answer Pemuda Exco UMNO member Yang Bahagia Dato' Hazali Abu Hassan's disappointment towards Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), the Malays and the DAP bogeyman.
2. Yang Bahagia Dato is a dear and close personal friend. Let this be the beginning of mature politics sans emotions and pathetic personal attacks.
3. Why the insistence of using the word Pribumi to label PPBM?
4. Is UMNO insisting on using the word Pribumi to create further silos in our already fractured society ?
5. Yang Bahagia Dato, seems to be rather angry by the split in the Malay Community. Even before the formation of PPBM, the Malay Community has always been split amongst political lines - PAS, Parti Socialis, PKR, Amanah and DAP. How is it solely PPBM's fault.
6. Forcing the Malay community to choose UMNO is morally wrong. Does 3.5 Million UMNO members (which is decreasing in number) represent 15 million Malays?
7. Forcing Malays to only stick with UMNO and laying the seeds of discontent and threats of ostracisation is Ketuanan Melayu. UMNO can keep this. PPBM is not interested in Ketuanan Melayu.
7. PPBM's intent is to emancipate the Malay mind by reinstallling the values of Maruah Melayu. Maruah Melayu lies in the values instilled in our values from our forefathers and holding onto Islamic principles. Ketuanan Melayu with all its threats, insults and shouting like rabid baboons has diminished the value system of Maruah Melayu.
8. There seems to be elements of presumptions that DAP with their 37 seats will bully PPBM as they had done to PAS and PKR.
9. This is not the case. DAP has acknowledged the need for the formation of PPBM. The Opposition can now work towards a centrist inclusive and sustainable policies for ALL Malaysians.
10. Hinting that DAP are bullies is akin to the pot calling the kettle black. Hasn't UMNO shown to have also bullied their coalition partners over policies that need to be rushed and benefit UMNO alone?
11. Politics is a game of numbers yes. However the public is not keen on mathematical theories with projections based on presumptions as the simple calculation as a result of the higher cost of living is on the minds of everyone.
12. The privileges and rights of all rakyat are guaranteed and enshrined in the Federal Constitution. Yes, agreed. PPBM is and will protect that for all Malaysians and our partners will also agree to that. However, institutional evolution and changes are needed right now for the betterment of this nation.
13. Malays will not be the biggest losers at all. In fact, UMNO's fascination of hantus and saka baka from DAP, the Jews and Martians is a sign of an already regressive mindset within UMNO. I believe UMNO members should mandi bunga (preferably with the Hibiscus of PPBM) to cleanse themselves from a lot of ghosts and ghouls.
14. Thanks to PPBM, the Malays have finally awaken from decades long slumber and realise that hate politics is not the way forwArd. By emancipating the Malay mind they have come to the senses that via Maruah Melayu we can finally be comfortable in our own skin which will result in being comfortable with others.
Bersatu, Beramanah, Bermaruah
 
post by Tariq Ismail 16/9/2016 2.37pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...