Biar apa kata mereka,
Aku masih percaya itu hanya cerca,
Kerna ku tahu,
Kau satu dalam beribu,
Kerna ku tahu hati mu seumpama akalmu,
Tidak pernah lelah walau menyelam diair keruh,
Tidak pernah kalah walau terbang tanpa paruh.
Aku pernah melihat,
Disaat tanganmu berkuasa,
Walau sesakmu kau tetap memberi nafas,
Agar bangsamu berdiri kemas.
Bingkas dan tangkas di atas pentas.
Kau tak penah fakir untuk berfikir,
Berfikir membenih negaramu,
Berfikir membaja bangsamu,
Berfikir menyubur agamamu,
Kerana inilah tumang perjuanganmu,
Yang kau abadi sekian dulu.
Bagiku,
Kamu pengukir handal,
Menyusun jari mencorak bangsa,
Terjalin indah dalam satu rangka,
Menyatu kata dari puluhan bahasa,
Lantas itu kau menjentik masa,
Hingga terpugar sebuah negara bangsa.
Hingga kesaat ini,
Legasimu paling bermakna,
Terisi pengorbanan seorang wira,
Paling bermaruah mengangkat bangsa,
Dijarimu,
Rumah yang kelam bersinar cahaya,
Anak-anak celik sebelum waktunya,
Yang buta terus dan terus bisa mengeja,
Kini kau wariskan semua ini,
Buat bangsamu menjadi mudah,
Jauh dari kesah,
Untuk menjadi bangsa yang lebih kisah.
Kagumku menguntum,
Kerna kau berjuang lagi,
Kali ini paling bermakna,
Kerana pedang dahulu tempaan guru,
Pedang baru berwajah kamu,
Ku yakin pedang ini tangkas mengubah,
Kerana tanganmu sendiri yang menempah.
Tahukah mereka,
Bahawa engkau milik bangsa,
Terhiris jasadmu,
Bererti ramai yang menerpa,
Kerna seluruh hidupmu,
Hanya demi Agama,Negara dan bangsa.
Aku berjanji,
Dasarmu menjadi paksi,
Akan ku tongkah segala keji,
Demi ibu pertiwi,
Walau disaat getir,
Kamulah Pewiraku,Tun Mahathir.
Andika Yusof 21 / 08 / 2016
No comments:
Post a Comment