Monday, September 5, 2016

Perkara Sebenarnya...TunM tntg "BANGSA JOHOR"

Saya terpanggil untuk cerita kan apa yang jadi Sebenar-benarnya! 1-Pada 24.8.16...Ada satu program di Perdana Foundation Leadership. Saya datang dengan kawan kawan..Tun Mahathir kot yang bagi ucapan..Saya semestinya tak nak lepaskan peluang nak dengar ucapan Tun M. 2-Tajuk Talk hari tu ialah 'Relationship Between Federal And State in Malaysia'..sepanjang ucapan Tun,tak ada satu point pun Tun sentuh pasal Bangsa Johor..tak ada satu pun Tun Cakap pasal Bangsa Johor ini tak bagus sebagai subjek ! Serius tak Ada weh! 3-Setelah Tun habis bagi ucapan, bermula lah sesi soal jawab..ha!masa ni lah benda ni start!..Ada satu Makcik ni..saya tak pasti siapa dia..orang lain semua beratur nak tanya soalan...tapi Dia selamber bangun, terus minta mic nak tanya soalan...soalan Dia lebih kurang macam ni.."Apa pandangan Tun Mahathir tentang Bangsa Johor yang mengagung agungkan Bangsa Johor?..Macam saya sendiri orang Penang, tapi tak lah saya bangga kan Bangsa Penang."...lepas tu Dia sambung lagi..." Apakah akibat sekiranya Johor keluar daripada Malaysia?" 4-Dari soalan Makcik tu sahaja dah nampak Dia nak cetuskan kan provokasi..Dari awal ucapan, Tun tak pernah sentuh pun pasal konsep Bangsa Johor...tapi kenapa perlu ditanya soalan ini? 5- Dalam menjawab soalan Makcik tu...memang Tun Ada sebut bahawa sekiranya sentimen kenegerian semakin menebal, memang tak bagus untuk Malaysia. tapi Tun Ada juga sebut contoh contoh negeri lain termasuk Kelantan,Terengganu, Penang…Negeri Kedah pun Tun ada sebut jadikan contoh..tapi kenapa hal ni media tak hebahkan sekali?kenapa hanya kenyataan Tun berkenaan Bangsa Johor saja di highlight kan?...come on lah media..buatlah liputan dengan adil...jangan sebab Tun sekarang menentang pentadbiran Kerajaan sekarang, kenyataan Tun yang elok dan jelas tu, diputar belit... 6-Berkenaan soalan Makcik tu tentang Johor keluar Malaysia…memanglah mana mana negeri kalau nak keluar Malaysia mesti bagi kesan yang besar..aduh… 7-Untuk Makluman saya ialah Bangsa Johor..Kampung saya di Kulai...sepanjang dengar ucapan Tun dalam Majlis tu, saya tak rasa 'offended' langsung! Tun jelas kan setiap isu dengan hujah yang teliti dan betul ... Sampai kat media...Dia swing 360 darjah.. 8-Ini bukan soal politik...ini bukan soal sokong Tun M..ini bukan soal tak sokong Najib.tapi ini soal tentang kebenaran bang...tengok apa kesan sekarang?satu Johor benci Tun M….media saja nak buat isu antara Bangsa Johor dan Tun M…kita tau siapa Tun M sekarang..jadi tak hairan kalau isu ini di swing bukan setakat 360 darjah..malah berdarjah darjah! Hahaha. 9-Saya menyeru kepada semua…sama samalah kita perbetulkan isu ini…saya mohon agar Tun M juga di beri ruang sebab jelas Tun M adalah mangsa keadaan dan mangsa media dalam isu ini… Sebarkan demi kebenaran! Saya yang berada dalam majlis itu,
Fadzil Che Wan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...