Saturday, September 3, 2016

HELANG LANGKAWI,Majlis Fatwa Kedah n GUA RASA kan???

gua lihat hari demi hari makin bynk kerja2 bodoh yg cuba dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri mahupun pusat...dek kerana dendam geram n marah pd Negarawan Rakyat Tun Mahathir Mohamad.yg terbaru patung HELANG diLangkawi pun nk dijadikan isu politik dgn mengheret pihak agama dlm permainan bodoh ini.replika HELANG ini dh begitu lama berada disitu hanya sekadar utk menarik pelancong ja bkn utk dijadikan berhala utk disembahpun...tapi persoalannya kenapa sekarang ini baru nk dipertikaikan bukannya dari zaman TunM zaman Pak Lah???
adakah didua zaman itu pak mufti belum wujud ataupun tgh lena tido???

yg kelakarnya kenapa HELANG Langkawi je dipertikaikan???kenapa tidak sotong n udang di terengganu ini???
adakah pak mufti di terengganu sdng lena atau takut bersuara kerana politik???



Bagaimana pulak patung2 binatang mahupun manusia yg begitu bynk n bersepah dibumi Malaysia ini???
gua mencadangkanlah pd pak mufti2 ni kalau benar demi Agama adakan mesyuarat majlis FATWA kebangsaan n bincangkanlah isu ini lebih teliti n adil....keluarkanlah FATWA utk semua negeri di Malaysia bkn hnya pilih bulu ja...jgn lah kerana politik agamapun nk dijadikan mainan pihak tertentu...
Jangan jadikan isu remeh ini dijadikan bahan jenaka oleh orang bukan ISLAM...nk musnahkan patung2 ini pastikan semua patung2 diMalaysia keseluruhannya dimusnahkan demi AGAMA Tercinta bukannya demi DENDAM POLITIK...
gua nk pesan dgn memusnahkan LEGASI TunM tk akan menambah sokongan RAKYAT pd UMNO pun tapi menambah kebencian RAKYAT sahaja kerana Tun Mahathir adalah Negarawan Kebanggaan Rakyat Malaysia sejarah tak dpt menafinya.

oleh Gua Menulis 4/9/2016 2.22pm


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...