Monday, July 6, 2015
'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.
"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.
"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.
"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Teo mengulas status di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment