Memandangkan ramai lagi yang bertanya tentang apa itu TPPA, jadi berikut adalah penerangan ringkas tentang berkaitan TPPA. ----------------------------------------------------------------------------- Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak untuk mengawal maklumat (hakcipta dan paten). Malangnya, kita adalah antara 12 negara yang bakal sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini. Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan lebih 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain (contohnya Singapura, Colombia, Peru dll) begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Telah terbukti perjanjian-perjanjian sebelum ini GAGAL untuk menaik-taraf kehidupan rakyat biasa di Negara-negara yang menandatangani perjanjian seperti TPPA sebelum ini, dan hanya menguntungkan korporat-korporat besar dan dari negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan. Info lanjut di www.janganjualnegara.com
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment