Thursday, July 23, 2015

Benar, kami perdaya bayar Justo - The Edge Media Group

Benar, kami perdaya bayar Justo - The Edge Media Group
KUALA LUMPUR: Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada  di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?

Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini.

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan “digital finger print” cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa. Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita.

Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.

* Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group. – 24 Julai, 2015.

Tuesday, July 21, 2015

TERIMA KASIH DR. MAHATHIR (Jasa mu dikenang selamanya)

16 Julai 1981
Satu detik sejarah tercipta lagi
Seorang lagi negarawan dinobatkan
Menjadi Perdana Menteri ke 4
Bermulalah satu lagi lembaran sejarah Negara
Kini telah 22 tahun berlalu
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
Penerus teraju Negara Malaysia
Telah membawa Negara ke era kegemilangan dan kecemerlangan

Dr. Mahathir…..
22 Jun 2002
Di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Segalanya bermula…… engkau telah mengamamkan
Negara dengan keputusan untuk meletakan jawatan mu
Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin kami…..
Kami semua bagai berada di dalam mimipi
Apakah yang sedang berlaku?
Apakah benar kata-kata mu itu?
Air mata kami mengalir deras
Satu persatu kenangan bersama mu bermain di fikiran
Satu persatu jasa dan budi mu mula kami bayangi
Sesungguhnya berat untuk kami lepaskan engkau pergi
Engkaulah pemimpin ulung kami
Tiada apa yang mampu kami berikan
Cuma air mata sahaja yang mampu kami balas
Sesungguhnya engkau amat kesal dengan bangsa mu
Siapa lagi kalau bukan orang MELAYU
Mereka hanya asyik bertelegah sesama sendiri
Dari dulu hingga kini orang melayu
Tahu mencari kesalahan orang lain
Kesalahan dan kesilapan sendiri dinafikan
Sungguh bertuahnya sikap dan sifat orang melayu
Bangsa mu bangsa ku juga
Apa nak buat sudah nasib? Kata mereka …!!!
Itulah sikap semula jadi orang melayu………..

Dr. Mahathir….
Kami kagumi semangat juang mu
Untuk memajukan umat melayu
Memajukan Negara, mengkukuhkan ikatan
Perkauman di Negara ini supaya tiada sengketa
Kini kejayaan mu terbukti sudah
Banyak Negara di dunia ini mengagumi Malaysia
Sungguh indah Malaysia kini tersohor dimerata dunia
Mendapat banyak tempat dihati kuasa besar dunia
Malaysia kini hampir maju setanding Negara lain didunia
Engkau telah buktikan bahawa Malaysia adalah aman damai
Maju jaya, makmur sejahtera selamanya

Dr. Mahathir…..
Semasa engkau melangkah pergi
Meninggalkan Putrajaya………
Banyak rakyat akan menitiskan air mata
Hilanglah seorang lagi permata Negara
Seorang yang telah banyak berjasa
Pada agamanya, bangsanya dan negaranya
Mematarbatkan maruah Negara ke mercu kejayaan
Kini kami semua tahu engkau sangat sedih untuk pergi
Tapi apakan daya masanya sudah sampai untuk kau berundur pergi
Meninggalkan sejuta kenangan selaut budi dan jasa
Segunung pengorbanan dan seabad usia untuk rakyat dan Negara mu
Walaupun disudut kecil hati masih belum puas
Untuk berbati kepada Negara, agama dan bangsa mu
Tapi kehendak usia dan masa membuatkan engkau dipersimpangan delima
Keputusan yang telah di buat adalah muktamad tidak boleh diubah lagi
Selangkah kau pergi setitis demi setitis air mata kami akan bercucuran
Bukan air mata kegembiraan tapi air mata kepiluan
Kerna seorang Negarawan ulung Negara melangkah pergi
Meninggalkan mercu Negara yang telah terkenal dimerata dunia ini.

Dr. Mahathir….
Terima kasih atas segala jasa mu
Terima kasih atas segala pengorbanan mu
Terima kasih kerana berjuang untuk Negara
Terima kasih diatas keperihatinan mu pada rakyat
Terima kasih diatas kejayaan mu
Dari Proton saga ke Putrajaya
Dari Perlis sampai ke Sabah
Semua rakyat akan mengenang segala jasa mu.
22 tahun kau curahkan bakti
22 tahun lamanya engkau mentadbir Negara
22 tahun kau bawa banyak kejayaan dan pembangunan
Segala apa yang telah kau curahkan kepada Negara
Hanya Allah Swt jua yang akan membalasnya

Dr. Mahathir….
Sungguh mulia hati dan budi pekerti mu
Sanggup berkorban demi kemajuan dan kejayaan Negara
Berjuang mempertahankan kesucian Agama Islam
Meninggalkan keluarga demi kejayaan Negara
Engkau berjaya membawa Negara kemercu yang tinggi
Wawasan 2020 akan kami laksanakan dengan baik
Dasar pandang ke timur akan diteruskan
Persahabatan dengan Negara luar akan kami akrabkan lagi
Perpaduan antara kaum akan kami kekalkan dengan baik
Kemajuan Negara akan bersama kami gerakkan kehadapan
Kami berjanji akan menyokong penuh kepimpinan yang baru

Dr. Mahathir….
Kami kagumi akan kejayaan mu
Kami berbangga mempunyai pemimpin seperti mu
Kami rasa amat terhutang budi kepada mu
Tidak terbalas segala budi dan jasa mu selama ini
Apa yang engkau korbankan kepada kami amat tinggi nilainya
Sekalung penghargaan kami anugerahkan kepada mu
Akan kami pahatkan nama mu dimercu jaya Negara
Akan kami abadikan jasa dan pengorbanan mu di puncak Negara
Sungguh kental dan berani jiwa raga mu
Sungguh lantang pendapat dan pandangan mu
Seluruh dunia kagumi segala pandangan dan pendapat mu
Walaupun engkau tahu banyak orang yang benci pada mu
Tetapi sifat kesabaran mu kami puji
Tiada dendam kesumat di hati mu
Kepada mereka yang benci pada mu
Engakaulah pemimpin sejati dan pemimpin bistari

Dr. Mahathir….
Selama ini kami semua banyak memandang serong pada mu
Banyak kami lakukan kesilapan pada mu
Kami sanggup mengecilkan tugas mu
Untuk memimpin Negara yang bertuah ini
Kami tahu kami tersilap langkah
Kami terdengar hasutan orang luar
Kami dengar segala tomahan dari mereka
Yang memperlekehkan perjuangan mu
Sedih bila terkenangkan sikap kami yang sebegitu
Rugi kerana kami tidak tahu menilai pemimpin sendiri

Dr. Mahathir…….
Ini dia permohonan maaf kami pada mu
Selangkah bererti mara, terlajak bererti tersilap langkah
Hanya pohonan maaf pada mu kami hulurkan
Tiada yang lebih bermakna jika engkau sudi maafkan kami
Kami sedar kami telah insaf kini
Siapa engkau yang sebenarnya
Seluruh rakyat menyusun sepulah jari memohon maaf dari mu
Ampunilah kami semua…..
Maafkanlah kesilapan kami selama ini…..
Maafkan segala apa tomahan yang kami lemparkan pada mu
Segala apa yang telah kami lakukan akan kami tinggalkan
Kami semua kini telah insaf atas segalanya……

Dr. Mahathir……
Masa begitu pantas berlalu
Meninggalkan kita semua
Kami rasakan baru semalam engkau
Menjadi pemimpin kami
Rupa-rupanya sudah 22 tahun
Engkau memimpin kami dan Negara ini
Kini engkau berundur pergi
Meninggalkan kami dengan pelbagai
Hadiah kemajuan dan kejayaan Negara
Sumbangan yang begitu tinggi kepada kami
Tiada apa yang mampu kami berikan pada engkau
Cuma satu pengharapan kami agar engkau
Terus menyokong kami dari belakang
Terima kasih YAB Dato’ Seri Dr Mahathir
Terima kasih YABhg. Dato’ Seri Dr Siti Hasmah
Terima kasih dari kami untuk Dato’ Seri berdua
Kerana menjadi contoh kepada kami semua
Kerana telah berjaya menyedarkan kami semua
Kerana telah berjaya mengubah haluan kami semua
Semoga Allah jua yang membalas segala jasa mu
Terima kasih atas segalanya atas sumbang besar mu
Kepada kami dan Negara tercinta ini
Akan kami kenangi segala jasa dan pengorbanan mu
Untuk tatapan generasi akan datang
Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai lagi rupanya
Diatas runtuhan kota melaka kita dirikan putrajaya
Melayu mudah lupa, sungguh damainya negeri ku
Sungguh besarnya jasa dan budi mu
Dr. Mahathir terima kasih atas segalanya
Engkau akan kami nobatkan sebagai negarawan kami
Engkau akan sentiasa terpahat dihati dan jiwa sanubari kami
Untuk mu Dr. Mahathir terima kasih kami ucapkan
Selamat Bersara YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
Kami semua ucapkan………………..
Semoga Allah merahmati diri mu selalu………..

Karya Abadi : #putrakolafb
Tarikh : 31/10/2003


Apa itu TPPA...baca n fahamkan...

Memandangkan ramai lagi yang bertanya tentang apa itu TPPA, jadi berikut adalah penerangan ringkas tentang berkaitan TPPA. ----------------------------------------------------------------------------- Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan korporat US mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan kepentingan-kepentingan korporat dari Negara itu, dan akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil; cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti hak untuk kesihatan dan hak untuk mengawal maklumat (hakcipta dan paten). Malangnya, kita adalah antara 12 negara yang bakal sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini. Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan lebih 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain (contohnya Singapura, Colombia, Peru dll) begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Telah terbukti perjanjian-perjanjian sebelum ini GAGAL untuk menaik-taraf kehidupan rakyat biasa di Negara-negara yang menandatangani perjanjian seperti TPPA sebelum ini, dan hanya menguntungkan korporat-korporat besar dan dari negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan. Info lanjut di www.janganjualnegara.com

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

'Kami tak boleh lari daripada dedahkan kebenaran' - Penerbit The Edge

 'Kami tak boleh lari daripada dedahkan kebenaran' -  Penerbit The Edge
KUALA LUMPUR: Daripada mengabaikan suatu perkara dan meninggalkannya, The Edge memilih untuk melakukan segalanya supaya kebenaran boleh didedahkan.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata demikian dalam sebuah kenyataan rasmi hari ini bagi menjelaskan pendirian mereka dalam penyiaran siri laporan berkaitan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ketika itu, kami boleh memilih satu daripada dua pilihan iaitu sama ada mengabaikan sahaja perkara tersebut dan meninggalkannya, ataupun melakukan segalanya demi mendedahkan kebanaran.

“Kami membuat keputusan untuk meneruskan usaha mencari kebenaran,” katanya.

Menurut Ho, pada tahun 2013 dan 2014 The Edge telah menyiarkan laporan menyeluruh mengenai 1MDB ketika entiti kerajaan itu berdepan kesulitan kewangan.

Bagaimanapun, usaha melaporkan itu menghadapi kesukaran kerana bukan sahaja maklumat yang diperoleh adalah terhad  walaupun wartawan The Edge terpaksa berhubung dengan banyak sumber, malah laporan kewangan tahunan juga lambat dikeluarkan.

"Pada awal tahun ini, ada seseorang yang mahu berkongsi maklumat tentang usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International. Kami tidak mengetahui siapa orang itu sebelum kami dibawa bertemu dengannya.

"Orang tersebut, yang kami tidak akan namakan, menunjukkan kepada kami ribuan emel dan lampiran dokumen. Setelah melihatnya, kami yakin akan ketulenannya. Malah kami juga merujuk kepada pakar forensik teknologi maklumat untuk memastikan semua dokumen itu asli," jelasnya.

Tambah Ho, semua yang dilihat itu mengejutkan pihaknya.

"Apa yang sepatutnya sebuah usahasama yang akan memacu manfaat ekonomi kepada negara telah bertukar menjadi sindiket penipuan berbilion-bilion ringgit dari Malaysia oleh sebuah kumpulan kecil warga Malaysia serta rakan warga asing mereka," katanya.

Ho juga menyatakan, dalam mencari kebenaran, tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat perlu tampil bersuara.

Malah menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mahu kebenaran ditunjukkan.

"Maka sebagai kumpulan media, kami mempunyai tanggungjawab umum walaupun ia sukar dan berbahaya.
 
"Kami tidak terlibat dalam pencurian (maklumat), tidak membayar sesiapa, dan tidak mengubah suai semua emel dan dokumen yang diberikan. Tiada juga agenda atau konspirasi politik terlibat," jelasnya yang percaya artikel yang mereka siarkan telah membantu banyak agensi kerajaan meneliti isu 1MDB.

The Edge sudahpun menyerahkan semua dokumen, emel yang dicetak dan cakera keras kepada Bank Negara dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial Polis Diraja Malaysia, manakala Ho sendiri telah memberi keterangan kepada Ketua JSJ.

"Difahamkan bahawa beberapa badan penyiasat, Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Bank Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara telah memberi komitmen untuk mencari kebenaran," ujarnya.


Astro Awani

Monday, July 20, 2015

Artikel Terbaru Tun Mahathir (Terjemahan Bluee Oocean)


KONSPIRASI
1. Banyak yang di perkatakan oleh orang tertentu berkenaan konspirasi untuk mengulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri.
2. Wujud kah konspirasi tersebut? Wujud kah seseorang atau kumpulan yang berkonspirasi i.e. bergerak secara rahsia di bawah tanah untuk mengulingkan Najib?. Mungkin ianya wujud sebelum ini. Tetapi setakat ini selain daripada rakyat yang secara peribadi menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap pentadbiran Najib, tiada yang mengatur perancangan untuk menjatuhkan beliau. Dalam kata lain, mereka menyambut baik idea supaya beliau meletak kan atau mengosongkan jawatan nya tetapi tiada yang merancang atau bertindak secara aktif di bawah tanah untuk mengulingkan beliau.
3. Apa yang kita tahu ialah saya telah secara terbuka meminta beliau meletak kan jawatan. Tiada sebarang konspirasi. Cuma kenyataan terbuka kepada seluruh negara yang saya mahu melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri.
4. Jadi tidak perlu lah detektif atau agen khas jika sebarang penyiasatan perlu di lakukan. Gerakan atau desakan untuk Najib meletak kan jawatan telah pun di ketahui ramai dan bukan lagi satu rahsia.
5. Jadi di manakah yang di katakan wujudnya konspirasi tersebut? Segala nya secara terbuka. Kempen untuk beliau berhenti menjadi Perdana Menteri.
6. Kebelakangan ini kita melihat banyak kenyataan kenyataan yang melucukan. Utusan secara lantang mengistiharkan yang konon nya Perdana Menteri telah mengambil tindakan undang undang ke atas akhbar The Wall Street Journal.
7. Sebenarnya ianya bukan lah tindakan undang undang mahupun saman malu. Ianya tidak lebih sekadar sepucuk surat dalam nada berbudi bahasa bertanya kepada Wall Street Journal mengapa mereka menyiarkan artikel tersebut?.
8. Adakah perlu untuk bertanya soalan kebudak budakan seperti itu? Bukan kah telah jelas bahawa maklumat yang di dapati oleh Wall Street Journal adalah maklumat sensasi. Dan mana mana akhbar yang yakin dengan kesahihan maklumat tersebut tidak akan teragak agak untuk menyiarkan nya maklumat sensasi tersebut. Dan atas sebab yang jelas kepada kita sudah tentulah akhbar tempatan arus perdana tidak akan menyiarkan nya.
9. Demi untuk merapatkan diri mereka dengan Perdana Menteri mereka rela untuk mengelabui mata rakyat. Penyunting mereka begitu hebat di dalam menulis tajuk berita yang memesong kan rakyat. Sebagai contoh apabila kenyataan di buat untuk membenarkan pasukan khas empat anggota menjalan kan tugas mereka maka di jadikan tajuk berita sebagai sokongan kepada Perdana Menteri.
10. Kemudian seorang menteri yang setelah menyatakan bahawa laporan interim Ketua Audit Negara tidak menunjukan sebarang salah laku oleh 1MDB kemudian nya menasihatkan rakyat untuk tidak membuat sebarang ulasan sehingga lah laporan penuh di keluarkan. Tanpa menyedari bahawa beliau sendiri telah membuat kenyataan sebelum laporan penuh di keluarkan.
11. Jawapan lazim kepada kepada semua komen berkenaan 1MDB ialah untuk menafikan dengan berkata “ Tidak. Ianya tidak benar”. Ianya umpama seseorang yang apabila di tanya samada mencuri sejumlah wang seperti yang di dakwa hanya sekadar menafikan mencurikan wang tersebut dan berharap akan di bebaskan oleh hakim cukup sekadar dengan penafian nya.
12. Tiada sebarang penafian bahawa sejumlah wang telah di deposit kedalam akaun peribadi. Penjelasan setakat ini kepada UMNO bahawa ianya adalah untuk kegunaan pilihanraya. Dan UMNO berpuashati dengan penjelasan tersebut. Tidak kah mereka tahu bahawa wang milik kerajaan tidak boleh di gunakan untuk sesebuah parti politik memenangi pilihanraya.?. Tetapi wang tersebut adalah sumbangan. Siapa lah agak nya yang sanggup menyumbang RM2 billion?. Tiada jawapan.
13. Tetapi bagaimana pula dengan BRIM?. Bukan kah ianya wang milik kerajaan? Kesemua RM7 billion dan lebih lagi. Memang bijak. Ianya bukan lah untuk pilihanraya tetapi di beri sebelum pilihanraya dengan janji akan di tambah jumlah nya jika parti memenangi pilihanraya. Bukan kah ianya juga tak ubah seperti mengunakan wang kerajaan untuk memenangi pilihanraya?.
14. Benar seperti yang di kata..wang adalah raja!!
15. Kemudian ada yang bertegas konon nya memandangkan Najib adalah di pilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletak kan jawatan.
16. Begitu singkat ingatan mereka. Tidak kah mereka ingat bagaimana Abdullah yang juga di pilih oleh rakyat juga di minta meletak kan jawatan oleh Najib?. Dan beliau meletak kan jawatan seperti yang di minta.
17. Dan saya yang juga di pilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri meletak kan jawatan pada 2003.
18. Di seluruh dunia terdapat Presiden atau Perdana Menteri yang di pilih oleh rakyat juga pernah di minta atau di paksa meletakan jawatan. Dan mereka meletak kan jawatan. Malah di sesetengah negara adalah suatu kebiasaan jika berlaku sesuatu, Menteri atau Perdana Menteri nya meletak kan jawatan.
19. Jadi jangan lah seperti kebudak budakan dan menuntut memandangkan Najib di pilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletak kan jawatan. Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 berbanding Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia meletak kan jawatan nya, Najib setelah prestasi nya yang mengecewakan di dalam pilhanraya umum sepatut nya tidak perlu menunggu untuk di minta meletak kan jawatan. Dia seharusnya bersara dari menjadi Presiden UMNO dan membiarkan orang lain untuk mengetuai UMNO dan menjadi Perdana Menteri.
20. Ada cadangan untuk meminda peraturan pemlihan di dalam UMNO untuk menjadikan nya lebih demokratik. Supaya lebih ahli berpeluang dari hanya sekadar lebih kurang 2000 perwakilan di Perhimpuan Agung UMNO.
21. Tujuan nya adalah untuk menghadkan jumlah pemilih yang terlibat di dalam pemilihan tersebut. Pemenang nya adalah adalah dari mereka yang mendapat jumlah undi bahagian terbanyak. Secara efektif nya ini bermakna jumlah pemilih sebenarnya telah di kurangkan dari 2000 kepada cuma 190 bahagian UMNO. Pengundian seseorang calon oleh ahli telah di mansuhkan. Jauh sekali dari menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih demokratik, Naji telah menyekat hak memilih oleh ahli ahli biasa kepada cuma beberapa bahagian. Dan hampir kesemua ketua ketua bahagian di bawah cengkaman Najib.
22. Supaya UMNO lebih demokrasi. Konon nya.
______________________________________________
CONSPIRACY.
1. There has been much talk by certain people of a conspiracy to overthrow Dato Sri Najib as Prime Minister.
2. Is there a conspiracy? Is there someone or some group conspiring i.e moving in secret in the underground to overthrow Najib. There could have been before but apart from people complaining privately about their dissatisfaction with Najib’s administration, no one was planning his overthrow. That is not to say that they did welcome the idea of his resigning or vacating his post. But active underground planning and action there was none.
3. What we do know now is that I had openly called for his stepping down. No conspiracy. Just open declaration to the whole nation that I would like to see Najib cease to be Prime Minister.
4 So if any investigation is to be made, there is no need for detectives or special agents. That there is a move or push for Dato Sri Najib to step down is known to everyone.
5. So again where is the conspiracy!! It is all in the open. There is no need to conspire. There is open campaigning for his ceasing to be Prime Minister.
6. Lately we are seeing many funny statements. The Utusan loudly proclaimed that the Prime Minister had taken action against the Wall Street Journal.
7. Actually it was not legal action or suing for defamation. Just politely asking the Wall Street Journal why do they publish the article.
8. Is there a need to ask that silly question? Isn’t it obvious that as a newspaper the information obtained by Wall Street Journal was sensational. Any newspaper, convinced of the authenticity of the information would have printed it. Of course the local mainstream papers will not for obvious reasons.
9. To ingratiate themselves with the Prime Minister they would rather mislead people. The sub-editors are good at writing misleading headlines. For example when a statement is made to let the task force of four do their work this is headlined as support for the Prime Minister.
10. Then there was a minister who, after saying that the interim report shows nothing wrong with 1MDB, then went on to advise people not to say anything about 1MDB until the report is out. But he himself had made a premature statement.
11. To all comments made against 1MDB, the standard answer is to deny, to say “No it is not true.” It is like somebody upon being asked whether he had stolen the money as alleged, simply denies that he had stolen, expecting the judge to acquit him simply because he denied.
12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.
13. But what about BR1M? Isn’t it Government money, all 7 billion Ringgit and more. That was clever. It is not for elections but given before any election, with the promise of more if the party wins, isn’t it about using Government money to win elections?
14. Truly cash is king!!
15. Then there is this insistence that since Najib was elected, no one has any right to demand he should step down.
16. How short is their memory. Don’t they remember Abdullah who was also elected being asked by Najib to step down. And he did.
17. And I myself, also an elected PM, did step down in 2003.
18. All over the world elected Presidents and Prime Ministers have been asked or forced to step down and they all did. In fact in some countries, if something untoward happens, Ministers, Prime Ministers step down.
19. So don’t be silly and demand that since Najib was elected, no one has a right to ask him to step down. Abdullah won more seats in 2008 than Najib in 2013. If Abdullah was prepared to step down, Najib after his poor performance in the general election should not even offer to be the PM. He should resign from being President of UMNO and head of BN and let somebody else lead and become PM.
20. There is this suggestion that the amendment to the election rules in UMNO was meant to make it more democratic. Very many more members would vote in the UMNO elections than the 2,000 or so delegates to the UMNO General Assembly.
21. Actually the intention is to limit the number of entities involved in the election. The winners would be those getting the biggest number of divisions voting for. Effectively this means the real electors have been reduced from 2,000 to about 190 UMNO divisions. The number of members voting for a candidate is nullified. Far from making UMNO elections more democratic, Najib has actually restricted the right to vote from ordinary members to just the divisions. And Najib has a strangle-hold over most of the division heads.
22. So much for more democracy in UMNO


Tuesday, July 7, 2015

CNBC: Ken Brown, WSJ on $700 Million And Najib Razak

Malaysian PM Najib Razak accused of pocketing millions

Utamakan Negara Dan Rakyat Di Waktu Sukar Ini - Nazir Razak


KUALA LUMPUR: Di waktu suasana politik negara dilanda kegelapan, kita seharusnya meletakkan keutamaan kepada negara dan rakyat terlebih dahulu, kata adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak.
Kenyataan itu disiarkan menerusi posting terbaru beliau di laman sosial Instagram peribadinya pada Ahad malam.
Turut diletakkan bersama, gambar Tugu Negara sebagai simbolik kepada perjuangan wira-wira negara.
“Mereka mengorbankan jiwa untuk membina negara. Dalam waktu dunia politik negara dilanda kegelapan kita seharusnya mendahulukan negara dan rakyat.
“Bukan atas kepentingan peribadi, bukan ketaatan peribadi dan bukan juga parti politik,” kata Nazir dalam catatannya itu.
Minggu lalu, Nazir turut memuat naik posting dengan imej ‘The Truth Next Exit’ dengan kapsyen “saya berharap institusi kita bertindak dengan pantas. Rakyat Malaysia merasa mereka diketepikan kebenaran, menyedihkan dan berpecah belah. Hanya selepas ditemui kebenaran kita akan dapat kembali bersatu.”
Nazir yang juga, Pengerusi CIMB Holdings Bhd, juga pernah membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial Instagramnya sebelum ini.
Dengan memuat naik gambar audit 1MDB, Nazir mempersoalkan pentadbiran syarikat milik kerajaan GLC atas tindakan syarikat pelaburan negara itu yang masih belum memulakan audit bagi bulan Mac 2015.
Nazir juga akhir-akhir ini turut dikaitkan dengan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang antara lain dikatakan akan memperjuangkan isu-isu berkaitan politik dan sosial negara.
NGO itu juga bertujuan untuk mendekati semua kaum dan menamatkan politik perkauman yang memecahbelahkan rakyat Malaysia.

- Awani

Monday, July 6, 2015

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.

"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.

"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.

"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Teo mengulas status di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.

Mukhriz denies father mastermind behind 1MDB controversy

Mukhriz denies father mastermind behind 1MDB controversy

ALOR SETAR: Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir has vehemently denied his father, Tun Dr Mahathir Mohamad is the mastermind behind the revealing of problems plaguing 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

He has also dismissed allegations linking his father including the allegations by Wall Street Journal(WSJ) on Friday.

Recently, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had alleged that Dr Mahathir was the mastermind behind the WSJ report which alleged US$700 million (RM2.6 billion) had been transferred into his personal account.

Today, Global Movement of Moderates (GMM) CEO, Datuk Saifuddin Abdullah, on his Facebook account, urged the Inspector-General of Police (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar to arrest Dr Mahathir over the matter.

kenapa era 4 Perdana Menteri terdahulu UMNO/BN kekal memerintah 2/3 majoriti tapi tidak lagi skrng?

Salam Sejahtera...tertarik utk kita kupaskan kenapa UMNO/BN sudah tidak mampu lagi mencapai kemenangan 2/3 majoriti dlm Pilihanraya umum Negara bermula era pentadbiran Tun Abdullah Badawi hingga kini Najib Razak.

pelbagai alasan n kemungkinan yg diberikan pentadbiran UMNO mahupun pemerhati politik tanahair tidak kurang hebatnya pelbagai andaian yg diberikan RAKYAT MARHEAN.


 Bermula di era Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak diikuti oleh Tun Hussien Onn hinggalah Negarawan Ulung Tanahair Tun Dr Mahathir Mohamad...mereka2 ini sebenarnya pejuang tulen dlm membela nasib RAKYAT n cuba sedaya upaya yg mungkin utk tidak membebankan RAKYAT apatah lagi menyusahkan RAKYAT.selepas mencapai kemerdekaan tanahair pelbagai cara n kaedah digunakan utk mempelbagaikan sumber pendapatan RAKYAT n NEGARA tanpa mencuit perut RAKYAT.



kehebatan pemimpin2 ini tiada tolok tandingnya...rentetan kehebatan 3pemimpin terawal negara ini maka hadirlah pemimpin ke4 negara yg terus memacu negara dgn begitu jaya n hebat hingga meletakkan peta MALAYSIA ke persada dunia...dari negara pertanian Tun Dr Mahathir mengubah negara ke sebuah negara perindustrian n pembangunan moden terkemuka dunia.




Hasil kebijaksanaan beliau pelbagai kemudahan n pembangunan hebat dilakukan utk kesejahteraan n keselesaan RAKYAT...bermula dgn projek mega Jambatan Pulau Pinang,kereta nasional Proton,KLIA,Litar lumba F1 sepang,KLCC,Menara KL,lebuhraya,Monorail hinggalah pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya...setiap plan n langkah yg diambil Tun Dr Mahathir dlm membangunkan semua projek mega ini tanpa langsung menekan ,menyusahkan mahupun mencuit perut RAKYAT...beliau tidak sesekali menekan RAKYAT dgn cukai2 baru seperti GST, menaikan harga petrol n kenaikan harga2 yg dekat dgn RAKYAT....beliau membuktikan inilah sifat pemimpin tulen yg mahukan pembangunan gergasi namun dlm masa yg sama mengharmonikan n membahagiakan RAKYAT.



Namun semua ini direntap oleh pemimpin penganti beliau iaitu Tun Abdullah n Najib Razak...kenaikan harga minyak melampau mengakibatkan pelbagai barang keperluan RAKYAT turut meningkat bermula di era Tun Abdullah kegagalan beliau mengekalkan apa yg ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir menyebabkan RAKYAT mulai gusar...kehadiran Najib Razak yg dijangka lebih bijak n mampu mengembalikan era emas RAKYAT dibawah Tun Dr Mahathir juga gagal malah lebih teruk dari dirasai dizaman Tun Abdullah...beliau GAGAL secara TOTAL dlm pentadbiran beliau...lihat saja pemansuhan akta ISA n ordinan darurat mengakibatkan masyarakat majmuk yg hidup harmoni mulai tergugat...agama mulai menjadi bahan jenaka n penghinaan oleh RAKYAT pelbagai kaum...ISLAM menjadi bahan utama penghinaan...Raja2 Melayu semakin diperlekehkan n tidak dihormati...pelbagai isu2 misteri muncul seperti kehilangan MH370 , pencerobohan lahad datu , MH17 ditembak jatuh , penemuan kubur2 besar pendatang rohingya , banjir besar seperti tsunami berlaku di pantai timur Malaysia , Gempa bumi di Sabah serta pelbagai salahlaku n scandal ekonomi dlm 1MDB,FGV,MARA n paling menyakitkan hati RAKYAT ialah cukai baru iaitu GST serta pengurangan subsidi bahan bakar menyebabkan kenaikan n kenaikan harga tidak mampu dikawal.



Adakah ini yg RAKYAT mahukan???suka atau tidak jatuh n bangun sesebuah parti politik pemerintah bukan datangnya dari UNDI ahli berdaftar parti politik tersebut tetapi dari UNDI RAKYAT yg tidak menyertai mana2 parti politik...

Percayalah Pemimpin yg sentiasa mencuit perut n menekan RAKYAT n bermasalah pasti akan ditolak RAKYAT secara TOTAL...UMNO?BN dalam bahaya n bakal dihumban kebawah oleh RAKYAT jika terus menerus menekan RAKYAT n terpalit dgn pelbagai masalah n scandal.



Kesimpulannya era 4pemimpin UMNO yg mentadbir NEGARA ini berjaya mengekalkan 2/3majoriti undi RAKYAT kerana mereka tidak pernah n tidak sesekali MENCUIT PERUT RAKYAT...pembangunan hebat negara diatur hebat tanpa cukai GST utk menampung kantung Kerajaan...apa yg mereka lakukan ialah demi kepentingan n kesejahteraan RAKYAT diutamakan.

Kegagalan 2pemimpin terkemudian iaitu Tun Abdullah n Najib Razak ialah mereka sentiasa menekan n MENCUIT PERUT RAKYAT dgn pelbagai kenaikan n cukai baru GST malah penuh scandal n isu dlm pentadbiran mereka.

Nasib UMNO/BN diperjudikan demi kelangsungan kuasa pangkat n darjat.

sekian.

Saturday, July 4, 2015

Saman jgn tk saman...WSJ dh buat kenyataan tu...apakata PM kita lak???


Musuh utama Amerika n Zionis Israel ini mampu mengarahkan n menglembukan Akhbar Wall Street Journal

Hebat Betul TunMahathir ni...Musuh utama Amerika n Zionis Israel ini mampu mengarahkan n menglembukan Akhbar Wall Street Journal...
semuanya salah TunMahathir skrng ni demi menutup ketirisan n salahlaku pemimpin2 yg tk bertangungjawap...
Wall Street Journal (WSJ) bkn Harakah,suara keadilan or utusan malaysia.
akhbar bertaraf dunia macam Wall Street Journal (WSJ) Berusia hampir 125 tahun, WSJ yang berpengkalan di New York tu adalah antara akhbar tertua di dunia. Akhbar tersebut pernah memenangi 36 Anugerah Pulitzer (Anugerah tertinggi kewartawanan) dan di baca oleh 2.5 juta komuniti perniagaan di seluruh dunia setiap hari.Akhbar WSJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya TWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika yang kini dimiliki oleh jutawan media antarabangsa Rupert Murdoch.

Friday, July 3, 2015

First Lady kedua tercantik di Asia...sampai mcmni sekali???tk tahu nk pakai kasut sendiri ke mengalahkan Sultan?



Sarawak report oh sarawak report...kenapa anda begitu berani???

Srawak Report makin hari makin berani n berani n berani...apa sudah jadi PM kita ni...demi MARUAH diri kamu Najib n kerajaan,demi MARUAH UMNO n NEGARA diharap2 sgt PM Najib membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang2 paling maksimum ke atas Srawak report ni...janganlah TAICHI or SILAT sana sini mengatakan ianya satu FITNAH...kami RAKYAT Malaysia dh bosan dengar alasan FITNAH FITNAH n FITNAH....kami mahu PM Najib Razak bertindak...lain ler kalau apa yg dikatakan Srwak Report tu BENAR BELAKA itu sebab kut tk berani nk ambil tindakan???

Sebab itu khairuddin kata najib bacuL!!

PERDANA MENTERI KENA BUAT LAPORAN POLIS KEATAS SARAWAK REPORT DAN WALL STREET JOURNAL UNTUK BERSIHKAN NAMA BELIAU SECARA SEGERA
Saya ingin cabar YAB Dato Sri Najib Tun Razak agar buat laporan polis secara rasmi keatas sarawak report serta wall street journal untuk membersihkan namanya dari tuduhan tersebut.
Dalam masa yang sama saya nak nasihatkan 1mdb agar duduk diam-diam dan tak perlu membuat sebarang kenyataan untuk menafikan bagi pihak Dato Sri Najib Tun Razak. Syarikat 1mdb dah lama hilang kredibilitinya kerana mereka amat gemar menipu serta gagal memberi kenyataan yang ilmiah secara konsisten!!
Selama ini banyak kenyataan-kenyataan dari 1mdb hanya berbaur penipuan serta pembohongan saja!! Hari ini keseluruhan rakyat malaysia sudah tidak percaya lagi dengan sebarang kenyataan dari 1mdb!!
Apabila tiba di tanahair dari london pada hujung minggu ini, saya akan terus ke balai polis untuk membuat laporan polis keatas Dato Sri Najib Tun Razak dalam semua pertuduhan yang telah dilaporkan oleh sarawak report serta juga wall street journal.
Oleh yang demikian, saya ingin sarankan kepada Dato Sri Najib untuk buat perkara yang sama secara secepat yang mungkin untuk beliau menafikan semua pertuduhan tersebut.
Pertuduhan oleh sarawak report dan wall street journal bukan saja mencemarkan imej Dato Sri Najib secara peribadi tetapi juga bakal memberi imej buruk terhadap negara kita di kacamata dunia luar.
Tuduhan ini juga bakal merosakkan reputasi negara dan kemungkinan akan menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke malaysia kerana kerana keperibadian perdana menteri malaysia telah dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah di negara ini.
Sekarang majoriti dari rakyat malaysia pun sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Dato Sri Najib dan tidak mustahil dengan pendedahan skandal kewangan terbaru ini akan turut membuatkan dunia luar akan hilang hormat mahupun terhakis keyakinan keatas negara malaysia.
Dato Sri Najib tak boleh berlengah lagi dan jangan hanya buat penafian melalui laman tweeternya saja!! Perdana menteri kena ambil tindakan undang-undang secara rasmi keatas sarawak report dan wall street journal secepat yang mungkin bagi membuktikan tuduhan ini tiada asasnya sama sekali!
Pembongkaran fakta dalam laporan sarawak report serta wall street journal kelihatan amat meyakinkan kerana laporan tersebut disandarkan dengan bukti-bukti nama bank, nombor akaun bank, salinan SSM, jumlah dana serta tarikh-tarikh duit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Sri Najib.
Dato Sri Najib kena jadi pahlawan bugis yang berani demi kebenaran!! Dato Sri Najib jangan jadi pahlawan bugis yang bacul!! Sekiranya Dato Sri Najib tunjuk sikap bacul takut untuk buat laporan polis dalam isu ini; saya takut nanti kemungkinannya keseluruhan rakyat di tanahair kita akan menggelarkan Dato Sri Najib sebagai 'lanun bugis' pulak!!
Secara peribadi saya amat kasihan dengan Dato Sri Najib yang ditohmah dengan pelbagai skandal kewangan yang terburuk di negara kita.
Oleh yang demikian, kaedah terbaik untuk bersihkan segala imej kotor yang dilemparkan keatas Dato Sri Najib ialah dengan membuat laporan polis secara segera, ambil tindakan undang-undang keatas sarawak report serta wall street journal dan serahkan polemik peribadi beliau yang tercemar teruk pada 'the rule of laws'!!
Biarlah proses undang-undang saja yang bersihkan nama Dato Sri Najib!! Kalau Dato Sri Najib gagal membersihkan tohmahan dan imejnya melalui proses undang-undang; yakinilah beliau akan turut mengheret umno serta juga BN ke lembah kehancuran pada PRU 14 kelak buat selama-lamanya!!

menghormati n dihormati....2insan teristimewa...Haron din n TunM di masjid negara tadi....sejuk mata memandang dua tokoh ini.

Entahlah Sebab ituler Jho Low kata Spin Master...Najib ckp pun flip flop sana sini

Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB

Sudah beberapa hari nampaknya berlegar-legar kaki penipu di dalam media sosial yang mengatakan bahawa wang di dalam usahasama 1MDB dan Petrosaudi tidak lesap. Para penipu ini tanpa segan silu memaparkan kejahilan mereka kepada semua rakyat Malaysia apabila tidak memahami isu dan fakta yang sebenar.
Apa yang hanya mereka tahu adalah, kedudukan Perdana Menteri dan reputasi 1MDB harus diselamatkan demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.
Ada banyak pesanan ringkas yang disebarkan di dalam Whats App. Antara yang disebarkan kepada orang ramai adalah:
“Dalam usahasama 1MDB – Petrosaudi, TIADA WANG YANG LESAP. Jika sebanyak USD1.83 bilion dilaburkan dan sebanyak USD 2.318 bilion dikembalikan, ia bukan dipanggil LESAP, tetapi bertambah. “LESAP” ini hanya khayalan dan ilusi Tun Dr Mahathir, pemimpin-pemimpin pembangkang dan juak-juak mereka.”
 

Kita tertawa mendengar celoteh mereka yang dangkal ini. Sedangkan 1MDB sendiri mengaku bahawa wang tunai USD1 billion yang dilaburkan oleh mereka pada tahun 2009 di dalam syarikat usahasama mereka dengan Petrosaudi telahpun ditukarkan menjadi pinjaman kepada syarikat tersebut di dalam tahun 2010.
Sepanjang tahun 2010 dan 2011, 1MDB telah melabur lagi sebanyak USD830 juta ke dalam syarikat tersebut (dan digantikan sebagai pinjaman) walaupun usahasama telah ditamatkan di dalam bulan Mac 2010. Walhal, 1MDB bukanlah dicipta dan diberi mandat untuk memberi pinjaman kepada syarikat asing.
Kertas pinjaman (bukan wang tunai) tersebut yang sepatutnya bernilai USD1.83 billion kemudiannya ditukar pula menjadi sijil saham di dalam anak syarikat Petrosaudi yang lain pada 1 Jun, 2012.
Hanya selang empat bulan kemudian iaitu pada 12 September 2012 1MDB menjual pula sijil saham tersebut tetapi 1MDB tidak mendapat balik wang tunai bahkan sijil saham tersebut telah ditukar menjadi ‘unit-unit pelaburan’ di dalam bentuk yang tidak diketahui dan unit tersebut yang dinilai semula menjadi USD2.318 billion telah disimpan di dalam satu lagi anak syarikat 1MDB yang baru ditubuhkan bernama Brazen Sky.
Wang 1MDB melompat lompat dari satu syarikat ke satu syarikat di dalam jangkamasa yang sekejap, di dalam pelbagai bentuk, dan akhirnya bertukar menjadi ‘unit’.
Oh ya, Brazen Sky hanyalah ditubuhkan di dalam bulan Ogos tahun 2012 di mana 1MDB memegang USD1 sebagai 100% pemegang saham. Bayangkan, satu syarikat baru yang mempunyai saham cuma USD1 diberi kepercayaan oleh 1MDB untuk mengendali unit unit kononnya sebanyak USD2.318 billion tersebut.
Apabila kita bertanya mengapa kita hanya dikembalikan unit dan bukan wang tunai, 1MDB menemplak para penyoaldengan mengatakan jawapan sudah diberi berulangkali. Yang hanya diberi adalah jawapan bagaimana wang USD1.83 billion telah bertukar menjadi unit sebanyak USD2.318 billion.
Itu semua sudah tahu. Yang kita mahu tahu ialah, mengapa 1MDB begitu bodoh memberi wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh syarikat arab tersebut dan sebagai ganti, kita mendapat unit sahaja? Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?
Unit-unit inilah yang para penipu di atas mengatakan bahawa tiada wang yang lesap. Ini semua taktik untuk mengaburi mata rakyat yang tidak arif dalam hal 1MDB sahaja. Akan tetapi bagi mereka yang tahu, dan tidak tertipu dengan dakyah tersebut, penipuan sebegini dipandang hina sama sekali.
Daripada 1MDB memberi berbillion billion ringgit duit pinjaman kepada syarikat asing yang mencurigakan, alangkah baiknya jika wang tersebut dilaburkan di dalam negara kita sendiri?
Hakikatnya, wang tunai yang dilaburkan telah lesap, dan di dalam tangan 1MDB hanyalah kertas kertas yang dipanggil unit. Menteri Kewangan II pun mengaku bahawa wang tunai yang sepatutnya menjadi hak kita rupa rupanya sudah berubah menjadi unit. Apabila ditanya apakah bendanya unit itu, beliau menjawab “units, just units” (unit, cuma unit) tanpa memberi jawapan yang lebih komprehensif dan bermakna.
Amat malang sekali apabila setiap kali 1MDB menjawap soalan, ianya tidak menumpukan kepada perkara asas yang ditanyakan. Malah, mereka memberi jawapan yang berdolak dalih dan tidak jujur.
Pada mulanya 1MDB mengatakan ianya adalah tunai, dan diperakui oleh Perdana Menteri sendiri di dalam Parlimen. Malangnya, apabila penipuan mereka diketahui, Kementerian Kewangan menukar jawapan Perdana Menteri kepada ‘units’.
Bayangkan apabila kita melabur di dalam bank sebanyak RM1,000 ringgit, dalam masa dua tahun, bank kembalikan kepada kita hanya kertas pelaburan dipanggil unit. Kita tidak boleh menukarkan unit ini menjadi wang tunai di bank bank lain atau di mana sahaja kerana nilainya tidak diakui oleh pihak pihak lain.
Sedangkan Deloitte, iaitu auditor 1MDB sendiri mencurigai kesahihan jumlah tersebut bilamana di dalam laporan audit 2014 mereka, unit unit ini telah diklasifikasikan sebagai aset kelas ketiga iaitu, kesahihan nilai aset tersebut tidak dapat ditentukan secara jitu.
Inilah masalah yang dihadapi oleh 1MDB. Mereka sudah tidak mempunyai kecairan wang.
Jika inilah tahap kepandaian para penipu tersebut maka tidak hairanlah apabila 1MDB sendiri mengalami kerugian sebanyak RM665 juta pada tahun 2014 dan jumlah hutang sebanyak RM42 billion!
Apabila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Kerugian RM665 juta bukanlah satu jumlah yang kecil.
Bayangkan sebegitu banyak kerugian yang dialami. Disertakan pula oleh jumlah hutang yang tidak mampu dibayar.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Ini baru jumlah kerugian di tahun 2014. Bagaimanakah agaknya kerugian dan jumlah hutang 1MDB di dalam tahun 2015? Mungkin amat dahsyat sekali. Sebab iu mereka terketar ketar melambatkan proses pengauditan oleh Deloitte. Apa pun alasan mereka, hingga kini Deloitte masih belum mengaudit akaun 1MDB untuk tahun berakhir 30 Mac 2015.
Kasihan sungguh dengan rakyat Malaysia kerana terpaksa menebalkan muka menagih simpati dari IPIC untuk membayar hutang RM975 juta pada awal bulan Jun yang lepas.
Dan sekarang pula kita disodokkan lagi dengan rayuan kepada IPIC untuk membayar hutang hutang 1MDB yang lain.
Malulah rakyat Malaysia kerana akibat kealpaan Menteri Kewangan I di dalam menerajui 1MDB, Malaysia terpaksa merayu syarikat dari Tanah Arab untuk mengampunkan hutang-hutang kita (debt forgiveness). Nampak sangat kita orang Malaysia tidak tahu berniaga.
Apa lagi bukti yang juak juak berkulit tebal ini perlukan? Apa lagi bukti yang kita rakyat Malaysia perlu tunjukkan kepada mereka bahawa 1MDB adalah satu syarikat yang telah jauh menyeleweng?
Jika betul 1MDB tidak mempunyai masalah, mengapa perlu Kementerian Kewangan memberi ‘standby credit’ kepada 1MDB sebanyak RM950 juta pada bulan Mac lepas? Mengapa juga perlu meminta bantuan dari syarikat asing untuk menyelamatkan mereka? Adakah 1MDB tidak mempunyai wang langsung?
Orang arab sudah ambil wang USD1.83 billion kita, orang Malaysia pula yang terkucar kacir ingin melindungi penyelewengan yang berlaku. Malah pemimpin Malaysia sanggup menipu rakyat Malaysia untuk menutup kebodohan sendiri. Kejujuran perlulah ada. Jika sesuatu tidak betul berlaku, amanah yang diberi mengarahkan kita untuk bersikap jujur di dalam mengaku kesilapan.
Dalam masa yang sama, mereka yang cuba melindungi penyelewengan 1MDB tidak perlulah menipu diri sendiri dengan cara memperbodohkan orang lain. Jika tidak faham rentetan wang pelaburan 1MDB di dalam Petrosaudi, jika jawatan lebih penting dari kebenaran dan masih berdegil mahu membutakan hati, maka tidak perlulah berhujah mengenai 1MDB. Nampak sangat termakan dengan khayalan dan ilusi yang dicipta sendiri.
Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...