Friday, December 15, 2017

Dr M: Ya, saya lelaki pemarah, suka bakar benda



Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara berjenaka mengakui beliau seorang lelaki pemarah yang selalu membakar benda.
"Ya, saya seorang lelaki yang sangat marah, kamu lihat betapa marahnya saya," kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
"Saya akan bakar kamu, saya selalu membakar benda," kata beliau berwajah serius sebelum tersenyum lebar.
Pemberita bertanyakan beliau maklum balas kenyataan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kemarahan bekas perdana menteri itu boleh membakar negara ini.
Semalam, media melaporkan Mahathir dan isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan pingat kurnia ke istana Selangor.
"Kenapa saya pulangkan pingat itu? Saya tidak rasa baginda (Sultan) fikir saya layak memakai gelaran pingat kurniaan itu.
"Begini, saya dikurniakan pingat itu kerana baginda fikir saya layak menerimanya, tetapi sekarang saya sedang membakar seluruh negara, jadi saya fikir saya tidak lagi layak menggunakannya," kata beliau.
Isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut memulangkan darjah kebesaran yang diterimanya dari Selangor.
Mutakhir ini, Sultan Sharafuddin dalam wawancaranya mengecam Mahathir, terutama ekoran kenyataannya yang mengaitkan masyarakat Bugis dengan lanun.
Minggu lalu, baginda bertitah yang Mahathir mempunyai inferiority complex dan akan "membakar negara ini dengan kemarahannya".
Sebelum itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mengecam Mahathir berkenaan kenyataan "lanun Bugis" tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau merancang untuk memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterima dari negeri lain, beliau bertanya kembali, "untuk apa?"
Mahathir turut meremehkan desakan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos agar beliau meninggalkan Selangor jika dilihat berseteru dengan sultan selaku pemerintah negeri.
"Negeri ini bukan dia punya," katanya.

Thursday, December 14, 2017

Terima Kasih Atas Sokongan Anda


SAY NO TO TRUMP



Calendar 2018 Edisi Khas InspirasikuMahathir

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan CALENDAR 2018 INSPIRASIKU MAHATHIR yang memaparkan tarikh-tarikh istimewa berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad beserta kata-kata beliau sepanjang tahun dengan harga RM 40.00 sahaja termasuk penghantaran. KELUARAN TERHAD 
Whatsapp +6019-2020311 untuk urusan pembelian.

Persidangan tanpa pengisian

Pentas Memaki Hamun Menghina Mencaci Memperlekeh Negarawan Dunia Islam Tun Mahathir Mohamad bermula sudah di PWTC Tak cukup dgn kata kata Gambar n Wajah TunM juga dihina digaleri yg terdapat disitu.
Takut n Gentar sungguh Najib n UMNO Pada insan 93tahun TunM ini buktinya berbelanja juta juta ringgit Pentas PAU PWTC hnya untuk Memaki hamun TunM saja.
Tapi ingatlah Allah Maha Berkuasa Allah SentiasaMengangkat Darjat Seseorang yg sentiasa difitnah dihina n dihamun apatah lagi pd insan yg telah berbakti Besar pd Negara n Dunia Islam.
Percayalah Najib tk mampu mempertahankan kuasa n kedudukannya dgn cara yg kotor ini Rakyat Malaysia Adalah Rakyat marhean yg bijak pandai n tahu menilai Siapa penyangak perompak n Siapa insan berjuang untuk kepentingan Rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia sentiasa Bersamamu Tun Mahathir Mohamad.

Fazli Mohammad
(InspirasikuMahathir)
7/12/2017
MyWorld FazliMohammad


SIAPA KAH DIA ?

SIAPA KAH DIA ?
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arabini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” kata kata siapakah ini?
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya, menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8)Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10) Dia jugalah pernah ditembak dibahu dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Dari segi apa kamu menghukum dia tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Dia pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bagitahu sesiapa pun.
Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet telah "offer" untuk pergi menemani beliau tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"
Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Bercerita seseorang yg pernah menjadi pengawal peribadi beliau kepada saya.
i came across this posting frm Omar JjemaliLiesure 

Surat Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Benjamin Netanyahu,

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem


Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besa daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR MOHAMAD

"Demi Kita Untuk Kita Negara Kita"

Diusia Memasuki 93tahun insan ini terus berjuang demi n untuk Kesejahteraan kita semua yg bergelar "Anak Malaysia". Adakah kita sanggup membiarkan insan ini berseorangan dlm perjuangan kita?

Adakah kita sedar Bahawa insan ini mampu tersenyum n meneruskan hidupnya Dengan aman n Bahagia Tanpa perlu menyusahkan dirinya lagi untuk memikirkan masalah yg menimpa Rakyat Malaysia?

Apa yg insan ini perjuangkan Hanya semata mata ingin Melihat Majoriti Rakyat Malaysia mampu tersenyum n Ceria sepertimana beliau...
Insan ini tidak sanggup Melihat bebanan n kesusahan Rakyat Malaysia... Ayuh n marilah kita Bersama sama beliau Dalam perjuangan Menyelamatkan Malaysia dari terus terjerumus ke lembah bebanan hutang yg makin meninggi Kerana kitalah yg akan menangung akibatnya untuk membayar hutang Negara.
Teruskan bersuara Kerana ini hak kita yg dijamin perlembagaan Negara.

"Demi Kita Untuk Kita Negara Kita" 

...Tepuk Dada Tanya Akal...

Fazli Mohammad
(InspirasikuMahathir)
11/12/17
MyWorld FazliMohammad

PEJUANG

PEJUANG

1. Tun Dr Mahathir masih sanggup berjuang walau tanpa jawatan. Beliau melepaskan semua jawatan tanpa perlu diminta atau dipecat.

2. Beliau juga memulangkan gelaran yang dianugerahkan Sultan jika ianya boleh menimbulkan pertikaian tanpa perlu didesak atau diminta.

3. Beliau tidak membawa pulang semua hadiah atau cenderamata dan cenderahati yang diberikan beliau sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi menyimpan disuatu tempat khas untuk tontonan umum. 

4. Beliau fokus bahawa isu hari ini adalah tentang negara dan rakyatnya. Beliau menentang DS Najib atas sebab politik orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang dikhianati oleh DS Najib.

5. Beliau bukan menentang Institusi Raja2 Melayu kerana beliau pernah menyelamatkan institusi tersebut suatu ketika dahulu. Orang Melayu yang menyelamatkan institusi Raja-Raja Melayu.

6. Beliau boleh duduk berdiam diri dan berpeluk tubuh sesuai dengan segala yang dimilikinya serta faktor usianya tetapi beliau sanggup membuang segalanya demi masa depan anak bangsa dan negara tercinta.

KERANA BELIAU ADALAH PEJUANG. HANYA YANG CEKAL AKAN KEKAL.

Azmi Murid
Lumut Perak
11 Disember 2017

"Kenapa saya pulangkan pingat itu ?

"Kenapa saya pulangkan pingat itu ? Saya tidak rasa baginda fikir saya layak memakai gelaran pingat kurniaan itu"

"Begini, saya dikurniakan pingat itu kerana baginda fikir saya layak menerimanya, tetapi sekarang saya sedang membakar seluruh negara, jadi saya fikir saya tidak lagi layak menggunakannya"

- Tun Dr Mahathir

Begitu Sayangnya Almarhum Sultan Selangor kpd Mahathir

Begitu Sayangnya Almarhum Sultan Selangor kpd Mahathir
KISAH AKRABNYA SEORANG RAJA BERSAMA PERDANA MENTERI KE 4.
“Mana Mahathir? Tadi Nampak Dia Mana Dia?”
Kata kata ini keluar dari mulut Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Ibni Al Marhum Sultan Hishamudin Shah yang ketika itu amat gering dan uzur ketika itu ada lah Yang diPertuan Agong Malaysia.
`Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?'' Tanya Al marhum Tuanku kepada anaknda nya Ku Yah.
Sebenar nya Mahathir ketika itu telah pun berada di Kuala Lumpur.Ya Mahathir ada di situ beberapa hari lalu ketika melawat Tuanku untuk mengajak Tuanku pulang ketanah air.Tetapi waktu ditanya kepada Ku Yah Mahathir sudah lama pulang.
Begitu akrab nya Tun Mahathir dengan Tuanku sehingga al marhum seolah olah Nampak kelibat Mahathir dikala sakit nya bertambah gering.
“Ketika itu, Almarhum tidak benarkan saya berenggang dengannya. Tuanku asyik genggam tangan saya, tidak lepas-lepas” ujar Ku Yah.
Dalam tercungap-cungap Tuanku menyambung: ``Aku tak nak mati di sini. Aku nak habis (mangkat) di sana. Rakyat tak bersalah, rakyat tak berdosa, ayah yang lambat-lambatkan tak mahu balik.''
Berkali-kali Tuanku ulang. Ini mungkin kerana Tuanku tersentuh hati apabila semua pemimpin yang menziarahinya menyampaikan berita bahawa rakyat di Malaysia sedang menantikan kepulangan Tuanku.
Maknanya, rakyat minta Tuanku pulang cepat. Sebab itu Tuanku menyalahkan dirinya sendiri.
Selepas itu Almarhum tiba-tiba banyak menyebut nama Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
``Mahathir suruh ayah pulang tetapi ayah tidak buat apa-apa keputusan. Sekarang ayah sudah baik. Mahathir hendak tengok ayah berjalan bila sampai.''
Kemudian saya terkejut apabila tiba-tiba Almarhum bertanya: ``Mahathir tadi ada di sini, ayah nampak, mana dia?''
“Saya rasa pelik” kata Ku Yah “ Sebab Dr. Mahathir memang tiada di situ, Perdana Menteri ada di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya sedar inilah tanda-tanda akhir hayat Almarhum.”
Tuanku melenting sambil berkata: ``Awak tengok kan, ayah cakap dengan Mahathir tadi. Mana dia, pergi panggil dia?''
“Apabila saya kata Dr. Mahathir sudah keluar, Tuanku bertanya lagi: ``Kenapa dia pergi cepat, panggil dia sekarang?''
“Akhirnya, saya terpaksa berbohong menyatakan Dr. Mahathir pergi sembahyang demi untuk memastikan Almarhum senang hati”
(Kemudian Almarhum dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan di bawa ke Hospital Gleneagles dan ini kisah yang di cerita kan oleh anaknda nya Ku Yah)
Saya masih ingat apabila Dr. Mahathir pada hari pertama datang menziarahi Almarhum dan berkata: ``Tuanku, tuanku... ini Mahathir dengan Hasmah. Tuanku sekarang sudah ada di Kuala Lumpur.''
Saya bersyukur. Pada hari kedua Dr. Mahathir datang lagi ziarah Almarhum selepas sembahyang tarawih.
Dr. Mahathir berpuluh kali cuba memberitahu: ``Tuanku, tuanku, ini Mahathir, Hasmah ada sama.''
Mahathir mengulangi perkataan yang sama walaupun Almarhum tidak sedar ketika itu. Malah anggota tubuhnya juga langsung tidak ada pergerakan.
Beliau berada di hospital itu kira-kira sejam.
Akhirnya, selepas 25 minit Dr. Mahathir keluar masuk bilik dan mengulangi perkataan sama, Almarhum menunjukkan respons dengan sedikit pergerakan badannya seperti menggigil. Manakala bibirnya terbuka dan terkumat-kamit perlahan seakan-akan mahu memberitahu sesuatu kepada Perdana Menteri.
Tuanku macam hendak bercakap tetapi tidak terkeluar suaranya. Air mata Tuanku pada masa itu berlinangan keluar. Dr. Siti Hasmah mengambil tisu dan mengelap air mata di kelopak mata Tuanku. Mungkin Almarhum menangis kerana hajatnya untuk memberitahu sesuatu kepada Dr. Mahathir tidak tercapai.
Saya bersyukur kerana akhirnya permintaannya untuk Dr. Mahathir berada di sisinya telah tercapai. Ia berlaku selepas Tuanku ``hendak sangat berjumpa Mahathir'' dan terkilan ``kenapa Mahathir cepat keluar'' pada malam Almarhum dimasukkan ke CCU (Sabtu) di Singapura.
Saya tahu Tuanku sangat sayangkan Dr. Mahathir. Apa-apa hal pun, Tuanku akan cari Dr. Mahathir untuk meluahkan perasaannya atau mengadu sesuatu. Selama ini Dr. Mahathirlah tempatnya mengadu.
Anak saya, Syed Budriz panggil saya dari hospital beritahu Almarhum yang dipanggilnya Atuk Tan sedang nazak. Tanpa berlengah-lengah saya pandu sendiri kereta berkejar ke hospital.
Apabila sampai, saya tengok bibir Almarhum telah pun lebam. Masa itu, Datuk Abu Hassan Din minta saya ajarkan Almarhum mengucap sepanjang masa.
Adik-beradik saya juga ada di sisi Tuanku ketika itu. Ketika itu, masanya sudah hampir tiba apabila mesin penyambung hayat menunjukkan bacaan melompat dari atas ke bawah. Daripada 34 ke 90, daripada 90 ke 20 dan 20 ke 102.
Ketika itu, apa yang boleh kami lakukan hanyalah berpelukan sesama adik-beradik di samping membacakan ayat-ayat suci yang didahului oleh Datuk Abu Hassan Din.
Dengan kemangkatan Tuanku Yang Di Pertuan Agong kemudian nya Negara kehilangan Raja yang sedang bertahta.
Perdana Menteri Tun Mahathir mengumum dan mengistihar kan kemangkatan Tuanku keseluruh Negara dalam keadaan sebak sambil menahan sedihnya pada pagi (tahun 2001) dan mengistiharkan cuti umum ke esokan hari nya.
Begitu lah kisah akrab nya seorang Raja bersama Perdana Menteri nya.
Al Fatihah untuk Almarhum Tuanku Sultan Selangor

(Coretan Dari Benua Eropah England)

(Coretan Dari Benua Eropah England)
Doktor Mahathir

Ada yang menyebut dalam perhimpunan, "masakan letak masa hadapan negara pada yang berusia 93 tahun"

Lebih awal Dr M sematkan harapan pada yang muda dalam sajaknya Disember setahun yang lepas. Mengerti umurnya yang sudah lanjut.

Tahun 2003, Dr M bersara menjadi Perdana Menteri tanpa diminta untuk diberhenti atau digulingkan.

Tahun 2008, dia keluar dari parti yang didaftarnya tahun 1980an tanpa di minta selepas 22 tahun membina negara.

Demo solidariti 'Daulat Tuanku' dianjurkan. Diangkat sepanduk Mahathir pangkhianat agama bangsa. Sengaja mengheret institusi beraja.



Tidak mengapa dihina.

Tun M terima darjah pingat dari Sultan Selangor sejak tahun 1983 & 1994. Dipulangkan tanda beradab. Dirasakan bukan lagi layak dimilikinya.

Ramai yang buat-buat lupa. Wawasan nya pada suatu ketika dahulu mahu menghantar astronaut negara, kita semua terpingga-pingga.

Zaman itu ramai yang tidak mampu membayangkan dan merasa mustahil.

Lembaga-lembaga kewangan Islam tumbuh dan meneraju dunia. Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya, Putrajaya, Menara KL, F1, Menara Berkembar Petronas dan puluhan infrastruktur mega lain membuatkan satu dunia memandang visi negara kecil kita.

Barat, Yahudi, Amerika disanggah. Kita tidak hairan. Negara Arab ditegur. Diutus surat, dibukukan, dijelaskan pendirian depan-depan.

Tidak kurang 10 penulisan berkenaan diri Dr M, disimpan di perpustakaan universiti tersohor luar negara. (Kecaman dan kritikan pada barat banyak dicatat)

Ada kerugian dialami namun kita pernah berjaya melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit, dan hari ini di siasat pula.

Sedang ramai yang tidak peduli rizab negara dari 2013-2015 juga telah rugi 39b USD dari yang dilapor Bank Negara.

Boleh sahaja diam selesa tanpa bersuara. Tapi itulah dia Dr M kuatnya bekerja dalam masa menunggu Ilahi katanya.

Merintis perjuangan,
Doktor Mahathir.

MMI
England, 1.30petang

ILMU TIDAK PERNAH BERAKHIR.

Pada Usia 92tahun TunM tk pernah jemu jemu untuk belajar perkara yg beliau kurang fahami.
usia Bukan Penghalang untuk mencapai kemajuan ilmu.
inilah Tun Mahathir Mohamad.


Love Tun Mahathir


MARI BERSAMANYA BETULKAN NEGARA

 Beliau mungkin tidak akan lama bersama kita. Seperti insan lain, lambat-laun beliau akan pergi jua. Sementara pejuang ini masih bernafas, ayuh... marilah kita dukung perjuangannya, bukan kerana kepentingan peribadinya, bukan kerana keluarganya, bukan kerana "kroninya"... tapi kerana kita semua RAKYAT Malaysia...
MARI BERSAMANYA BETULKAN NEGARA
BERI ANAK CUCU KITA SUATU PELUANG
BE A PART OF HISTORY
(by Faiz Na'aman)

Thursday, October 19, 2017

Melayu atau Cina kah Yg Lebih BERSATU???

Assalamualaikum n Hi Malaysia.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan peribadi saya tentang "Politik Melayu n Politik Cina".
Saya sentiasa bergerak n menjelajah ke setiap pelusuk bumi tercinta ini dari Perlis hinggalah ke Sabah bak kata pepatah melayu "JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN".Saya menulis bukan untuk memperlekeh ataupun memburukkan mana mana kaum di bumi tercinta Malaysia ini.

Saya melihat bangsa cina yg benar benar mendahului serta berada dilandasan yg tepat untuk penyatuan kaum n bangsanya bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah melalui DAP,walaupun bangsa cina dipecahkan mengikut beberapa keturunan mahupun parti parti politik cina itu sendiri dimana disemenanjung Malaysia parti parti yg mewakili majoriti bangsa cina ialah MCA,DAP serta GERAKAN diperingkat Nasional diikuti parti parti kecil peringkat negeri terutamanya diSabah n Sarawak.

Suka atau tidak kita kena menerima hakikat bahawa parti DAP mendahului semua parti parti cina malah menjadi peneraju bagi semua parti parti politik di Malaysia dalam penyatuan kaum n  bangsanya.sebagai contoh DAP berjaya bertapak dari Perlis hinggalah ke Sabah malah berjaya menguasai undi undi cina melalui kemenangan besar mereka pada pilihanraya umum mahupun pilihanraya negeri ataupun kecil.
Hingga kini MCA ataupun GERAKAN masih gagal menembusi ataupun bertapak di Sabah n Sarawak sepertimana DAP.persoalannya kenapa n mengapa?
Begitu juga dengan parti parti politik Melayu itu sendiri sudah wujud dibumi Malaysia puluhan tahun namun masih gagal menembusi Sabah ataupun Sarawak sebagai contoh UMNO mereka menguasai kerajaan sejak dari Merdeka lagi walaupun UMNO berjaya bertapak diSabah namun UMNO masih gagal menembusi bumi kenyalang Sarawak persoalannya kenapa n mengapa?
Terkini parti peribumi bersatu Malaysia PPBM juga menjauhkan diri dari bumi Sabah n Sarawak persoalannya kenapa n mengapa?
Adakah parti parti Melayu ini kurang sedar akan kepentingan dalam penyatuan kaum n bangsa seagamanya?sedangkan pepatah melayu itu sendiri mengajar erti penyatuan "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH" adakah ianya sekadar pepatah?adakah pepatah ini tidak dapat menyerap kedalam denyut nadi Melayu Sebangsa SeAgama itu sendiri?adakah kita hendak perkatakan yg pepatah ini berjaya menyerap,mendidik n memberi semangat luar biasa kepada kepimpinan DAP tentang erti penyatuan kaum n bangsanya?

Janganlah kita memberi alasan bahawa kita menghormati parti parti kecil peringkat negeri kerana mereka adalah rakan dalam gabungan?
bagi saya kita harus bergerak mengikut kesesuaian serta cabaran mendatang dimana penyatuan sesuatu kaum n bangsa akan lebih mengukuhkan n memberi kekuatan kepada Negara tercinta Malaysia diperingkat antarabangsa.
Lebih banyak parti parti politik tumbuh bak cendawan beerti lebih banyak memberi masalah kepada pentadbiran negara satu hari nanti kerana pemimpin pemimpin lebih banyak berpolitik dari membela n mendengar rintihan RAKYAT kerana masing masing sibuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa pemerintahan.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI" elakkan perpecahan kaum n bangsa.elakkan sentimen saya bangsa negeri ini n saya bangsa negeri itu?ini semua bukanlah budaya yg sihat bagi Negara malah bakal menjahanamkan Negara tercinta ini satu hari nanti.
Kita semua cintakan keamanan n kedamaian janganlah kerana kuasa n mainan politik kita rakyat Malaysia menanggung akibatnya n membawa kita terjerumus dalam persengketaan melibatkan kaum n bangsa masing masing n akhirnya memberi kesan besar kepada kestabilan negara tercinta ini hingga boleh membawa anasir anasir luar serta kuasa kuasa besar dunia mengambil kesempatan diatas perpecahan n kelemahan yg kita sendiri lakukan.

Kalau pemimpin pemimpin DAP boleh melakukannya kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP tidak memikirkan sangat tentang menghormati parti parti rakan peringkat negeri kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP boleh memikirkan persoalan yg jauh lebih penting dalam penyatuan kaum n bangsanya dari Perlis hingga ke Sabah kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP berjaya membawa idealoginya diterima pakai oleh masayarakat cina seluruh negara kenapa tidak kita?
Kalau parti parti seperti PAS n PKR mencuba n terus mencuba untuk mengikuti jejak DAP bertapak dibumi sabah n sarawak kenapa tidak bagi PPBM n UMNO?
"MALU BERTANYA SESAT JALAN" belajar n tuntutlah ilmu serta resepi yg diguna pakai oleh pimpinan DAP dalam membawa penyatuan kaum n masyarakat cina seluruh negara.
Jangan biarkan Bangsa Melayu serta Bumiputera ketinggalan jauh dalam penyatuan ini " SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"buat kepimpinan PPBM n UMNO bertapaklah dibumi Sabah n Sarawak kerana kami di semenanjung n di sabah serta sarawak adalah saudara seagama n sebumiputera.jangan wujudkan perbezaan yg jumud n tidak memberi faedah ini.
Janganlah meletakkan kepentingan parti ataupun idealogi politik itu sendiri mengatasi kepentingan Agama tidak kiralah kita Jawa,Bugis,Aceh,Minang,Mamak dan lain lain kaum yg beragama ISLAM kita tetap bersaudara pastikan kita BERSATU kukuh tidak kira dibawah apajua panji panji politik samaada PPBM mahupun UMNO tolaklah politik kebencian seperti contoh PPBM n UMNO adalah parti semenanjung ataupun parti dari Malaya.Bukankah parti DAP juga dari semenanjung n dari Malaya?kepentingan Negara mengatasi segalanya. jangan jadikan kita tergolong dalam golongan sempit pemikiran.Berfikirlah secara matang berfikirlah demi kepentingan yg jauh lebih besar untuk kestabilan keamanan n kedamaian Negara tercinta iaitu MALAYSIA.

Fazli Mohammad.
Peneraju InspirasikuMahathir
20/10/2017 
11.38am

Monday, October 16, 2017

Happy Deepavali 2017

Foto InspirasikuMahathir.

Buat Semua Rakan n Sahabat Penganut Agama Hindu...Saya Mewakili Team InspirasikuMahathir Serta followers2 setia Mengucapkan...
"...HAPPY DIWALI..."


Thursday, October 12, 2017

Perdana Menteri Milik Melayu.

Foto Faizal Ahmd.

BN CELARU dan Haru Biru. - Tun Mahathir Mohamad


1. BN ternampak celaru kerana tak dapat menentukan Pakatan Harapan (PH) ini didominasi oleh siapa.
2. Najib dan UMNO berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH.

3. Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.
4. Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu. Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.
5. Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu billion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit.
6. Yang perlu ditentukan oleh Barisan Nasional ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia.
7. Bekas wakil Transparency International di Malaysia pula cukup telus dan transparent. Tentulah dia nampak duit 1 billion yang ada pada saya. Dinding setebal 10 kaki pun, matanya boleh tembusi. Apatah lagi duit kertas.
8. Apalah sangat saya ini yang nak ditakuti. Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun. Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit. Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat.
9. Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.
10. Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah.
11. Teruskan dengan kecelaruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Hutang berbillion lagi. Percayalah kamu akan disokong oleh konco-konco kamu selama-lamanya.
12. Tahniah – Congrats Najib.
13. We are so proud of you.

Tun Mahathir Mohamad
 13 Oct 2017

Wednesday, October 11, 2017

Dr M: Mahafiraun, Mahazalim 'benda kecil'



Digelar dengan pelbagai nama - termasuk Mahafiraun dan Mahazalim - namun bagi Tun Dr Mahathir Mohamad ia sebagai "perkara kecil".
Berucap di majlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak semalam bekas perdana menteri itu berkata beliau sanggup melupakan kecaman berkenaan kerana apa yang lebih penting kini ialah menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Justeru katanya beliau terbuka untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah memberi label buruk terhadapnya.
Mereka termasuklah veteran DAP Lim Kit Siang dan seorang lagi seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita mungkin tidak bersetuju mengenai perkara-perkara tertentu, tetapi kita mesti bersetuju dengan matlamat yang sama ini,” katanya seperti dilapor laman sesawang ismaweb.net.
Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun kini giat dalam kempennya menjatuhkan Najib dan BN menjelang pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Beberapa pihak menjangkakan pilihan raya akan diadakan seawal suku pertama tahun depan kerana BN mahu mengambil peluang daripada situasi pembangkang yang belum bersatu.
BERSATU dilihat giat menjadi jambatan untuk menghubungkan persefahaman antara PAS dengan Pakatan Harapan.
Dr Mahathir mendapat pelbagai gelaran buruk selepas beliau mengetepikan Anwar yang sebelum itu dilihat amat akrab dengannya.
Ketika ini Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja BERSATU.
Menurut beliau semua parti pembangkang perlu mengetepikan sebarang perbezaan dan menumpukan gerak kerja mengalahkan BN dalam pilihan raya.
Semalam Bernama melaporkan Dr Mahathir mengakui sukar untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi 14 parti komponen.
Berucap di Lumur beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa pilihan raya umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.
Turut hadir di majlis itu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/358505#rig0Q0qXIjRmJsAT.99

Mahathir boleh minta maaf kalau...



Dua puluh dua tahun menjadi perdana menteri dan sekurang-kurangnya lima tahun terakhir beliau dilihat sebagai seorang perdana menteri kuku besi.
Pelbagai insiden pada era reformasi selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bukti pihak tertentu yang masih menganggap beliau tidak layak diikut dalam politik.
Sebenarnya sebelum itu pun Tun Dr Mahathir Mohamad sudah banyak menyusahkan pembangkang. PAS - Anwar masih dalam kerajaan ketika itu - menanggung pelbagai kesulitan.
Di bawah Allahyarham Datuk Fadzil Noor PAS berdepan pelbagai tekanan dan dari satu sisi ia memberi manfaat juga kepada parti itu. Sokongan dapat ditarik daripada orang ramai yang bersimpati.
Dalam keadaan begitu muncul kata-kata 'keramat' bekas ketua pembangkang itu yang mendoakan Dr Mahathir panjang umur supaya beliau dapat melihat hasil tangannya selama ini.
Dan itu jugalah 'fatwa' yang dipegang sebahagian penyokong PAS sehingga ke hari ini: "Makbul doa arwah Ustaz Fadzil."
Ketika Dr Mahathir mengubah paksi politiknya, pengkritik tetap menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas segala yang dilakukannya selama ini.
"Jika kita bercakap mengenai rasa kesal dan maaf, kedua-dua pihak perlu melakukannya bersama.
"Saya pernah dipanggil Mahafiraun, saya pernah digelar Mahazalim dan pelbagai gelaran lain yang tak patut, yang salah.
"Saya bukan firaun, saya bukan maha zalim," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya minggu lalu.
PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysua (BERSATU) sebagai salah satu anggota komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Mac lalu.
Siapa yang diktator
Di sebalik kepelbagaian latar dan dasar semua parti yang bergabung dalam pakatan itu, mereka melantik Dr Mahathir sebagai pengerusi.
Ia tidak diterima dengan mudah oleh sesetengah orang, terutama bekas aktivis proreformasi, serta penyokong kuat Anwar yang bertegas mendakwa Dr Mahathir telah menzalimi pemimpin mereka itu.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi perdana menteri ramai rakyat di negara ini menikmati hidup yang baik.
"Mungkinlah sesekali saya sangat tegas tetapi saya bukan seorang diktator.
"Kalau saya diktator, saya akan menang 99 peratus kerusi tapi setiap kali ada pilihan raya, banyak parti pembangkang dapat sokongan, malah mereka boleh menguasai negeri.
"Dan semasa saya dalam Umno, saya benarkan orang mencabar saya untuk jawatan presiden, sedangkan Najib tidak. Sesiapa yang mencabarnya akan ditendang keluar dari parti.
"Jadi sekarang, siapa diktator?" katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Untuk rekod semasa zaman Dr Mahathir Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihan raya di negeri itu pada 1990 dan mentadbirnya. Empat tahun kemudian PBS sekali lagi berjaya namun gagal menubuhkan kerajaan negeri ekoran tindakan sebahagian wakil rakyat melompat parti.
PAS pula menguasai kerajaan Kelantan sejak pilihan raya umum 1990. Parti itu turut memerintah Terengganu - selama satu penggal - hasil kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1999.
Bagaimanapun Dr Mahathir menegaskan beliau enggan membangkitkan lagi isu yang sudah berlalu kerana semua pihak bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.
Dulu jatuh sekarang pulih
Katanya, ada beberapa pihak yang masih mengungkit kisah 18 tahun lalu tetapi jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding kumpulan yang bersetuju untuk menumpukan perhatian kepada usaha mengalahkan BN.
Malah, kata Dr Mahathir dari semasa ke semasa beliau melihat sokongan kepada pembangkang semakin bertambah.
"Saya terima hakikat sesetengah orang sukar menerima saya. Tapi tidak ada sesiapa yang boleh mendapat sokongan 100 peratus.
"Di mana-mana akan ada orang yang menentang saya, atau menentang seseorang," katanya.
Beliau kemudian menyatakan keyakinan keadaan akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Ketika mula-mula duduk bersama dan bersebelahan dengan veteran DAP, Lim Kit Siang, semasa majlis Deklarasi Rakyat, populariti kedua-dua mereka dikatakan jatuh teruk.
"Kami belum menubuhkan parti (BERSATU). Saya bersama Kit Siang untuk Deklarasi Rakyat dan kami bergambar bersama.
"Rating (tahap sokongan) saya jatuh, dan untuk DAP juga sama, tetapi sekarang sudah naik semula. Rating Kit Siang juga semakin pulih," katanya.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395528#f8dM8G7eXLHUr36Q.99

Saman balu: Mahkamah arah Najib, Rosmah bela diri




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat persendiran (PI) P Balasubramaniam.
Saman itu difailkan oleh A Santamil Selvi dan anak-anaknya. Santamil adalah balu Balasubramaniam, yang terbabit dalam kes warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati akibat diletupkan.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memberi mereka, termasuk dua adik Najib dan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham serta ahli perniagaan Deepak Jaikishian selama 14 hari bermula hari ini untuk berbuat demikian.
Hakim Hue hari ini menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu mereka memfailkan pembelaan.
Ini adalah kali pertama Najib dikehendaki memfailkan pembelaannya apabila saman difailkan terhadapnya.
Santamil memfailkan saman itu dan mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.
Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397994#zdZEAyBpOtTibD8Q.99

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397994#zdZEAyBpOtTibD8Q.99

Tuesday, April 4, 2017

MELAYU.

Melayu
Pelbagai usaha telah dilakukan pemimpin terdahulu untuk meningkatkan taraf hidup serta memajukan bangsa melayu namun kini penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, rasuah dilihat lebih berkuasa serta hampir menghancurkan apa jua yang diusaha sebelum ini.
Perniagaan Bumiputra termasuk agensi kerajaan yang diswastakan kebanyakannya diselaputi dengan krisis pengurusan. Kini FELDA, RISDA, FELCRA, MARA adalah antara konglomerat Melayu yang menghadapi pelbagai kemelut penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Aset ekonomi orang Melayu juga didapati semakin mengecil. Premis perniagaan hanya meliputi sekitar 6% sahaja daripada keseluruhan kawasan perniagaan, pemillikan perumahan kos rendah masih melambangkan ketirisan tahap kuasa beli orang Melayu juga amat terbatas.
Aset tanah orang Melayu yang semakin mengecil akibat dijual, tergadai atau diambil alih oleh kerajaan atas nama pembangunan, merumitkan lagi keupayaan ekonomi orang Melayu.
Ditambah pula peniaga-peniaga kecil Bumiputra diserata bandar sering terdedah kepada pengusiran akibat pihak kerajaan dan pemaju yang sentiasa mengutamakan pembangunan pusat-pusat komersial yang berskala mega.
Sementara itu ekonomi petani dan nelayan kecil, pekebun kecil getah dan peneroka tanah terus terpinggir. Kemiskinan di desa dan di bandar dipenuhi dengan wajah Melayu “hidup berkais pagi makan pagi” bukan lagi suatu fenomena yang sudah berlalu malah terus wujud dan membimbangkan.
Sebahagian pemimpin politik Melayu yang korup terus menjadikan pentas politik sebagai tapak mengumpul kekayaan. Budaya politik Melayu sarat dengan manipulasi kotor sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik wang, politik kepentingan diri dan politik mengadai kepentingan Melayu.
Cukup memalukan apabila diamati gelagat orang Melayu dalam berpolitik yang mengejar pangkat, gelaran, publisiti murahan. Sementara politik yang seharusnya bersih menjadi kotor dan menjijikkan.
Atas nama mempertahankan kuasa politik mereka sanggup menggadai hak nusa dan bangsa.
Masihkah anda mahu bernaung dibawah sebuah parti yang kononnya dulu membela nasib agama, bangsa dan tanah air?
Yang kian hari rakus menelan titik peluh rakyat jelata?
Lakukanlah perubahan demi masa depan anak dan cucu kita. Ubah dan martabatkanlah kembali maruah bangsa dipentas antarabangsa.
Mahathir Mohd Rais
3 April 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...