Thursday, December 14, 2017

PEJUANG

PEJUANG

1. Tun Dr Mahathir masih sanggup berjuang walau tanpa jawatan. Beliau melepaskan semua jawatan tanpa perlu diminta atau dipecat.

2. Beliau juga memulangkan gelaran yang dianugerahkan Sultan jika ianya boleh menimbulkan pertikaian tanpa perlu didesak atau diminta.

3. Beliau tidak membawa pulang semua hadiah atau cenderamata dan cenderahati yang diberikan beliau sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi menyimpan disuatu tempat khas untuk tontonan umum. 

4. Beliau fokus bahawa isu hari ini adalah tentang negara dan rakyatnya. Beliau menentang DS Najib atas sebab politik orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang dikhianati oleh DS Najib.

5. Beliau bukan menentang Institusi Raja2 Melayu kerana beliau pernah menyelamatkan institusi tersebut suatu ketika dahulu. Orang Melayu yang menyelamatkan institusi Raja-Raja Melayu.

6. Beliau boleh duduk berdiam diri dan berpeluk tubuh sesuai dengan segala yang dimilikinya serta faktor usianya tetapi beliau sanggup membuang segalanya demi masa depan anak bangsa dan negara tercinta.

KERANA BELIAU ADALAH PEJUANG. HANYA YANG CEKAL AKAN KEKAL.

Azmi Murid
Lumut Perak
11 Disember 2017

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...