(Coretan Dari Benua Eropah England)
Doktor Mahathir
Ada yang menyebut dalam perhimpunan, "masakan letak masa hadapan negara pada yang berusia 93 tahun"
Lebih awal Dr M sematkan harapan pada yang muda dalam sajaknya Disember setahun yang lepas. Mengerti umurnya yang sudah lanjut.
Tahun 2003, Dr M bersara menjadi Perdana Menteri tanpa diminta untuk diberhenti atau digulingkan.
Tahun 2008, dia keluar dari parti yang didaftarnya tahun 1980an tanpa di minta selepas 22 tahun membina negara.
Demo solidariti 'Daulat Tuanku' dianjurkan. Diangkat sepanduk Mahathir pangkhianat agama bangsa. Sengaja mengheret institusi beraja.
Tidak mengapa dihina.
Tun M terima darjah pingat dari Sultan Selangor sejak tahun 1983 & 1994. Dipulangkan tanda beradab. Dirasakan bukan lagi layak dimilikinya.
Ramai yang buat-buat lupa. Wawasan nya pada suatu ketika dahulu mahu menghantar astronaut negara, kita semua terpingga-pingga.
Zaman itu ramai yang tidak mampu membayangkan dan merasa mustahil.
Lembaga-lembaga kewangan Islam tumbuh dan meneraju dunia. Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya, Putrajaya, Menara KL, F1, Menara Berkembar Petronas dan puluhan infrastruktur mega lain membuatkan satu dunia memandang visi negara kecil kita.
Barat, Yahudi, Amerika disanggah. Kita tidak hairan. Negara Arab ditegur. Diutus surat, dibukukan, dijelaskan pendirian depan-depan.
Tidak kurang 10 penulisan berkenaan diri Dr M, disimpan di perpustakaan universiti tersohor luar negara. (Kecaman dan kritikan pada barat banyak dicatat)
Ada kerugian dialami namun kita pernah berjaya melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit, dan hari ini di siasat pula.
Sedang ramai yang tidak peduli rizab negara dari 2013-2015 juga telah rugi 39b USD dari yang dilapor Bank Negara.
Boleh sahaja diam selesa tanpa bersuara. Tapi itulah dia Dr M kuatnya bekerja dalam masa menunggu Ilahi katanya.
Merintis perjuangan,
Doktor Mahathir.
MMI
England, 1.30petang
No comments:
Post a Comment