Monday, October 3, 2016

Sebelum tertubuhnya BERSATU

Sebelum tertubuhnya BERSATU, saya telah terpilih sebagai salah seorang perwakilan ke Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Ipoh Barat 2016.
Maka, pada hari sambutan Maal Hijrah, saya berbaju Melayu lengkap menghadirkan diri bagi menyempurnakan amanah para ahli cawangan. Saya berpandangan, mesti diselesaikan dahulu amanah terakhir yang telah diberikan.
Malang sekali, keahlian saya telah digantung. Maka, hak untuk mewakili cawangan ke mesyuarat tersebut telah dinafikan mengikut perlembagaan parti. Tak dapatlah saya untuk berucap dan berkongsi pandangan. Namun begitu, saya terima dengan baik.
Saya sayangkan Bahagian Ipoh Barat. Pernah berpeluang memimpin Pergerakan Pemuda Bahagian tersebut. Maka, saya berusaha memohon maaf kepada seberapa ramai yang boleh. Tentunya ada salah siap saya selama berada di dalam UMNO.
Saya dapati, terdapat elemen ketakutan dikalangan kawan-kawan saya. Walaupun begitu, saya sempat memberi sedikit penerangan dan berbincang dengan sebahagian perwakilan yang hadir. Seakan berlaku satu persidangan dalam persidangan.
Sejurus itu, saya telah berpeluang merekrut ahli-ahli baru BERSATU. Terima kasih dan tahniah kepada para perwakilan UMNO yang telah menandatangani borang kemasukan sebagai ahli BERSATU.
Apakah saya akan mendedahkan identiti mereka?
Tentu sekali, TIDAK!

Peja Azumu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...