Hakikatnya, hanya kuasa Allah yang tidak terdaya untuk sesiapa lawan. Pihak yang berpendapat pemimpin boleh bebas melakukan apa sahaja termasuk pelbagai kesalahan yang memudaratkan negara dan tidak mampu ditentang, adalah pengecut.
Pengecut biasanya akan bertindak garang. Berang kerana takut. Mereka adalah golongan yang menongkat langit. Mereka akan memujuk diri sendiri untuk tidak memikirkan soal akhirat. Mereka takut akan balasan atas setiap kesalahan. Jauh di sudut hati, mereka akui kegagalan dalam melawan nafsu, tetapi sedikit keimanan membantu mereka untuk berharap akan peluang bertaubat di suatu hari nanti.
Allah akan menghapuskan dosa-dosa hamba-hambaNya, walau sebanyak buih di laut, asalkan tidak menduakanNya. Namun, setiap pemimpin kecil atau besar memegang amanah terhadap setiap individu yang dipimpin. Jika tidak beramanah, mereka akan dituntut di akhirat kelak.
Mereka yang faham akan perkara ini akan bangkit dengan penuh keberanian. Mereka tentu tidak mahu terdiri daripada golongan pengecut dan bodoh.
Saya percaya, sahabat-sahabat saya yang masih di dalam UMNO bukan pengecut dan bodoh. Mereka mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Kita mendoakan kehadrat Allah agar kurniakan hidayat dan kekuatan buat setiap mereka.
No comments:
Post a Comment