Tuesday, August 30, 2016

MAHATHIR BUKAN SUKA GADUH TAPI CAKAP PERKARA BENAR DAN BIJAK

DR MAHATHIR GADUH DENGAN SEMUA PM, KATA ISMAIL SABRI – MALAYSIAKINI
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh, pastinya disokong semua pihak.
Beliau berkata melihat kepada sejarah, bekas pemimpin negara itu telah bergaduh dengan empat perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga timbalan perdana menteri termasuk Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya percaya tak ada orang yang akan mengatakan sebaliknya daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)…semua perdana menteri dia gaduh, gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dengan Datuk Seri Najib.
“Tahun 1990 isu perlembagaan, bergaduh dengan semua Raja-Raja Melayu, dari segi kehakiman bergaduh dengan semua hakim waktu itu apabila dia memecat hakim dan sebagainya, dengan raja bergaduh, dengan perdana menteri bergaduh, dengan timbalan perdana menteri bergaduh,” katanya kepada pemberita di Jempol, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang juga Presiden UMNO semalam yang menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Najib berkata ini kerana pemimpin berkenaan sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya tiada rakyat Malaysia yang menafikan kenyataan itu.
“Bukan sahaja perdana menteri, Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) pun dalam titahnya menyatakan beliau kaki gaduh…jadi semua orang berpendapat sama bukan sahaja saya saja tapi semua orang,” katanya. – Bernama

Ulasan Ana Ghoib: Ismail Sabri pun tahu kronologi bantahan Mahathir sejak dari zaman Tunku hingga ke Pak Lah [tak tergamak disebutkan kerana apa] manakala bagi hal Raja-Raja Melayu & Perlembagaan ia tentunya semua tahu kerana melibatkan kes kepentingan awam demi keperluan semasa merujuk kes ‘Prebet Adam’.
Cuba label Mahathir kaki gaduh lagi? Klik baca: Penerangan dari blog post Datuk A Kadir Jasin
Akhir kata janganlah kita semacam kanak-kanak memberontak tak mahu ditegur perkara yang hak benar dan tidak suka bila ada pendapat orang lain lebih baik dan benar semacam mental para pembesar menunjuk pandai di zaman todak melanda Singapura yang mengorbankan Hang Nadim.
Mahathir ini tak susah cuma patahkan hujahnya kalau boleh dengan hujah yang lebih baik dan benar.
Buktikan dia salah dengan senang hati dia sedia ke mahkamah seperti halnya kes PKFZ malah selama ini dia mencabar demikian.
Yang berlalu biarkan berlalu tiada manusia sempurna termasuk Mahathir dan keutamaan sekarang adalah negara berkait membersihkan nama Presiden Umno bukan bermain judi buka daun kisah silam malah lebih buruk mempolitikkan agama dan kaum. – Salam Ana Ghoib tanpa kagum sesiapa kecuali Allah dan RasulNya – InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...