Monday, August 29, 2016

Antara dua Skandal ,BMF(TunM) dan 1MDB(Najib) yang mana lebih Dasyat dan menggerunkan ?



Antara dua Skandal ,BMF dan 1MDB yang mana lebih Dashat dan menggerunkan ?
Skandal BMF
1. Berlaku pada tahun 1983
2. Rm 2.5 Ribu juta diseleweng
3.Jalil Ibrahim Tim ketua Jabatan audit dalam Bank Bumiputra dihantar ke Hong Kong untuk buat siasatan mati dibunuh di Kg Taipo Kau ,Hong Kong.
4.Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin
5.Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
6.Pengerusi BMF Lorraine Esme Osman didakwa dengan 39 pertuduhan dan didapati bersalah, dijatuh hukum 7 tahun penjara.
7.Pengarah Eksekutif BMF Datuk Hashim Shamsuddin dijatuh hukum 10 tahun penjara.
8.Pengarah BMF Dr Rais Saniman dijatuh 5 tahun penjara.
9.Pengerusi Syarikat Carrian yang meminjam wang dari BMF,George Tan dikena hukuman 5 tahun penjara.
Skandal 1MDB
1.Berlaku dari tahun 2009 - 2016
2.Rm 42 Bilion Lesap
3.Perdana Menteri Najib Tun Razak
4.Menteri Kewangan Najib Tun Razak
5.Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB Najib Tun Razak.
6.Tiada sebarang pendakwaan terhadap semua yang terlibat baik dari Pengurusan,Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat.
7.Peguam Negara Malaysia umum kes tutup.
8.Peguam Negara Amerika kata berlaku skandal penggubahan wang haram terbesar didalam negara Amerika yang melibatkan USD 3.5 Bilion.Wang rakyat Malaysia milik 1MDB telah dicuri dan dicuci dengan membeli Aset di Amerika.Kes telah dibawa kemahkamah Amerika dan akan dibicara pada bulan September 2016.
9.Dalam negara siasatan telah dihentikan.
10.Dua orang warga negara Malaysia iaitu Mathias Chang dan Husam Musa telah menyaman individu terlibat dimahkamah Amerika.
Rumusan
Tindakan yang diambil oleh zaman Kerajaan pemerintahan Tun Dr Mahathir ialah berpandukan kepada amalan urus tadbir yang betul dan berintegriti iaitu mendakwa semua pegawai yang terlibat dan tidak menggangu Hakim yang menjalankan tugas mereka.
Zaman Kerajaan pemerintahan Najib semua siasatan diganggu,dihalang dan diberhentikan.Peguam Negara diberhentikan,Pegawai SPRM ditahan dan ditukar, pegawai dijabatan peguam negara direman,Pegawai polis Cawangan Khas ditukar dan Ahli Jawatankuasa PAC dinaik pangkat serta ditukar.Maka dengan sendirinya tiada sebarang pendakwaan boleh dilakukan.
Persoalannya siapa yang menjalankan tugas dengan Bersih ,Cekap dan Amanah ? Najib atau Tun Dr Mahathir ?
Terima Kasih Tuan Anuar Abbdul Hamid@AAH

2 comments:

  1. 2.5 billion exchange rate at 2.6 berapa agaknya dalam US? 42 Billion lesap ei jgm tipule. Yang aku tahu 2.6 Billion yang di katakan songlap oleh PM Itu pun exchange rate at 4.3 sekarangni hadi sapa yang tinggi menghilangkan duit. Jawapanya TUN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal la mangkok sgt...semua yg terlibat disiasat dan dijatuhkan hukuman...skrg ni nk siasat pun dihalang...nampak?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...