KES SYARIKAT MAMINCO - TUN DITUDUH SELEWENG RM 1.5 BILION,BETUL KA ?
Kes Maminco Tun Dr Mahathir baru menjadi PM dan masaalah itu telah pun berlaku sebelum Tun ambil alih.Ianya bermula dengan Pentadbiran Perkhidmatan Am Amerika Syarikat atau US General Services Administration (GSA)telah melambakkan timah daripada stok penimbalnya dipasaran dunia.Ini menyebabkan harga komoditi itu yang sudah rendah turut menjadi bertambah merosot.Malaysia merupakan pengeksport timah terbesar dunia .Tindakan yang diambil oleh Malaysia dengan membeli balik timah dipasaran untuk mengawal harga tidak berhasil dan telah menjejaskan ekonomi negara.
Tun dr Mahathir telah menghantar Senator Daim Zainuddin sebagai wakil tidak resmi Kerajaan untuk berunding dengan pegawai Amerika.Turut serta dengan Daim ialah TS Alex Lee.Pada mulanya pegawai Amerika tidak mahu bertolak ansur dan tidak peduli jika Malaysia menggalami masaalah ekonomi.
Tun Daim menggunakan tipu muslihat dengan memberitahu pegawai pegawai Amerika bahwa harga timah yang rendah akan nenjejaskan kehidupan pekerja lombong.Dalam keadaan terdesak pekerja lombong akan menyertaai pengganas komunis yang sedang nengancam keselamatan kerajaan Malaysia.Mendengar ancaman komunis pegawai Amerika mula beri perhatian. Kekalahan Amerika diVietnam amat menakutkan dan masih segar dalam ingatan dan mereka amat takut .Dengan nenimbulkan ketakutan itu Tun Daim berjaya menyekat Amerika dari terus mengeluar dan melambak timah dalam simpanan stok mereka.
Mengikut catatan dalam buku Daim Insan Disebalik Enigma tulisan Cheong Mei Sui dan Adibah Amin,Daim menyatakan sebanyak Rm 600 juta terpaksa dilupus akibat kerugian perniagaan timah.
Kes Maminco amat jelas Tun Dr Mahathir atau pun Tun Daim tidak mencuri wang rakyat ianya disebabkan oleh tindakan Kerajaan Amerika mahu mengkucar kacir ekonomi negara membangun dengan melambak bijih timah dipasaran dan menurunkan harga timah. Berbeza dengan Najib yang terang terang dan disahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika yang Najib serta konconnya mencuri wang rakyat.
Anuar Abdul Hamid@AAH
No comments:
Post a Comment