Saya merasa perlu untuk mengingatkan mengapa kita semua berada di sini.
Kepada ahli ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, saya nak tekankan kita semua WAJIB ketepikan sifat sifat UMNO yang buruk dan mementingkan diri sendiri. Ingat bahawa wawasan PPBM tidak pentingkan pangkat atau jawatan. Wawasan parti pentingkan perjuangan. Wawasan parti utamakan kebajikan Rakyat Jelata.
Apa guna kita mendabik dada melaungkan Ketuanan Melayu sedangkan diri sendiri pun tak sehebat mana.
Apa manfaat menguna Ketuanan Melayu dengan mencaci mencela dan menghasut semua orang. Ini Bersatu. Bukan Bercerai. Sudahlah. Hentikan tabiat buruk ni!
Kamu mesti ingat Wawasan Parti ingin kembalikan dan perkasakan Maruah Melayu. Maruah Melayu yang berteraskan keadaban (civilization) yang beradab, bersopan, beralas bila bercakap, bermusyawarah bila bertindak dan bermasyarakat dalam hidup. Hak Melayu memperkasakan Maruah Melayu, bukan untuk memperjuangkan Ketuanan Melayu.
Kalau nak memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan mencaci dan menghasut orang dan Rakyat jelata saya cabar kamu pergi balik UMNO. Saya yakin UMNO sendiri tak nak kamu. Rakyat akan tolak kamu. Kita semua harus sentiasa ingat tiap hari kita solat, kita doa kepada Allah “Ihdinosirotolmustaqim”. Bawa aku ke jalan yang lurus. Bukan kah ini pedoman kita? Jangan ikut resmi lalang, semakin berisi makin tegak. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Oleh itu, marilah kita menuntut hak kita dengan adil. Kita mesti bersatu sekarang atau binasa. Kita perlu berpegang kepada Rukun Negara. Itulah Azimat kita. Azimat untuk seluruh rakyat Malaysia. Tak kira bangsa atau agama.
Jangan pernah takut gagal, jangan pernah takut kalah.
By : Tariq Ismail
MPT PPBM
No comments:
Post a Comment