Thursday, October 19, 2017

Melayu atau Cina kah Yg Lebih BERSATU???

Assalamualaikum n Hi Malaysia.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan peribadi saya tentang "Politik Melayu n Politik Cina".
Saya sentiasa bergerak n menjelajah ke setiap pelusuk bumi tercinta ini dari Perlis hinggalah ke Sabah bak kata pepatah melayu "JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN".Saya menulis bukan untuk memperlekeh ataupun memburukkan mana mana kaum di bumi tercinta Malaysia ini.

Saya melihat bangsa cina yg benar benar mendahului serta berada dilandasan yg tepat untuk penyatuan kaum n bangsanya bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah melalui DAP,walaupun bangsa cina dipecahkan mengikut beberapa keturunan mahupun parti parti politik cina itu sendiri dimana disemenanjung Malaysia parti parti yg mewakili majoriti bangsa cina ialah MCA,DAP serta GERAKAN diperingkat Nasional diikuti parti parti kecil peringkat negeri terutamanya diSabah n Sarawak.

Suka atau tidak kita kena menerima hakikat bahawa parti DAP mendahului semua parti parti cina malah menjadi peneraju bagi semua parti parti politik di Malaysia dalam penyatuan kaum n  bangsanya.sebagai contoh DAP berjaya bertapak dari Perlis hinggalah ke Sabah malah berjaya menguasai undi undi cina melalui kemenangan besar mereka pada pilihanraya umum mahupun pilihanraya negeri ataupun kecil.
Hingga kini MCA ataupun GERAKAN masih gagal menembusi ataupun bertapak di Sabah n Sarawak sepertimana DAP.persoalannya kenapa n mengapa?
Begitu juga dengan parti parti politik Melayu itu sendiri sudah wujud dibumi Malaysia puluhan tahun namun masih gagal menembusi Sabah ataupun Sarawak sebagai contoh UMNO mereka menguasai kerajaan sejak dari Merdeka lagi walaupun UMNO berjaya bertapak diSabah namun UMNO masih gagal menembusi bumi kenyalang Sarawak persoalannya kenapa n mengapa?
Terkini parti peribumi bersatu Malaysia PPBM juga menjauhkan diri dari bumi Sabah n Sarawak persoalannya kenapa n mengapa?
Adakah parti parti Melayu ini kurang sedar akan kepentingan dalam penyatuan kaum n bangsa seagamanya?sedangkan pepatah melayu itu sendiri mengajar erti penyatuan "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH" adakah ianya sekadar pepatah?adakah pepatah ini tidak dapat menyerap kedalam denyut nadi Melayu Sebangsa SeAgama itu sendiri?adakah kita hendak perkatakan yg pepatah ini berjaya menyerap,mendidik n memberi semangat luar biasa kepada kepimpinan DAP tentang erti penyatuan kaum n bangsanya?

Janganlah kita memberi alasan bahawa kita menghormati parti parti kecil peringkat negeri kerana mereka adalah rakan dalam gabungan?
bagi saya kita harus bergerak mengikut kesesuaian serta cabaran mendatang dimana penyatuan sesuatu kaum n bangsa akan lebih mengukuhkan n memberi kekuatan kepada Negara tercinta Malaysia diperingkat antarabangsa.
Lebih banyak parti parti politik tumbuh bak cendawan beerti lebih banyak memberi masalah kepada pentadbiran negara satu hari nanti kerana pemimpin pemimpin lebih banyak berpolitik dari membela n mendengar rintihan RAKYAT kerana masing masing sibuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa pemerintahan.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI" elakkan perpecahan kaum n bangsa.elakkan sentimen saya bangsa negeri ini n saya bangsa negeri itu?ini semua bukanlah budaya yg sihat bagi Negara malah bakal menjahanamkan Negara tercinta ini satu hari nanti.
Kita semua cintakan keamanan n kedamaian janganlah kerana kuasa n mainan politik kita rakyat Malaysia menanggung akibatnya n membawa kita terjerumus dalam persengketaan melibatkan kaum n bangsa masing masing n akhirnya memberi kesan besar kepada kestabilan negara tercinta ini hingga boleh membawa anasir anasir luar serta kuasa kuasa besar dunia mengambil kesempatan diatas perpecahan n kelemahan yg kita sendiri lakukan.

Kalau pemimpin pemimpin DAP boleh melakukannya kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP tidak memikirkan sangat tentang menghormati parti parti rakan peringkat negeri kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP boleh memikirkan persoalan yg jauh lebih penting dalam penyatuan kaum n bangsanya dari Perlis hingga ke Sabah kenapa tidak kita?
Kalau pemimpin pemimpin DAP berjaya membawa idealoginya diterima pakai oleh masayarakat cina seluruh negara kenapa tidak kita?
Kalau parti parti seperti PAS n PKR mencuba n terus mencuba untuk mengikuti jejak DAP bertapak dibumi sabah n sarawak kenapa tidak bagi PPBM n UMNO?
"MALU BERTANYA SESAT JALAN" belajar n tuntutlah ilmu serta resepi yg diguna pakai oleh pimpinan DAP dalam membawa penyatuan kaum n masyarakat cina seluruh negara.
Jangan biarkan Bangsa Melayu serta Bumiputera ketinggalan jauh dalam penyatuan ini " SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA"buat kepimpinan PPBM n UMNO bertapaklah dibumi Sabah n Sarawak kerana kami di semenanjung n di sabah serta sarawak adalah saudara seagama n sebumiputera.jangan wujudkan perbezaan yg jumud n tidak memberi faedah ini.
Janganlah meletakkan kepentingan parti ataupun idealogi politik itu sendiri mengatasi kepentingan Agama tidak kiralah kita Jawa,Bugis,Aceh,Minang,Mamak dan lain lain kaum yg beragama ISLAM kita tetap bersaudara pastikan kita BERSATU kukuh tidak kira dibawah apajua panji panji politik samaada PPBM mahupun UMNO tolaklah politik kebencian seperti contoh PPBM n UMNO adalah parti semenanjung ataupun parti dari Malaya.Bukankah parti DAP juga dari semenanjung n dari Malaya?kepentingan Negara mengatasi segalanya. jangan jadikan kita tergolong dalam golongan sempit pemikiran.Berfikirlah secara matang berfikirlah demi kepentingan yg jauh lebih besar untuk kestabilan keamanan n kedamaian Negara tercinta iaitu MALAYSIA.

Fazli Mohammad.
Peneraju InspirasikuMahathir
20/10/2017 
11.38am

Monday, October 16, 2017

Happy Deepavali 2017

Foto InspirasikuMahathir.

Buat Semua Rakan n Sahabat Penganut Agama Hindu...Saya Mewakili Team InspirasikuMahathir Serta followers2 setia Mengucapkan...
"...HAPPY DIWALI..."


Thursday, October 12, 2017

Perdana Menteri Milik Melayu.

Foto Faizal Ahmd.

BN CELARU dan Haru Biru. - Tun Mahathir Mohamad


1. BN ternampak celaru kerana tak dapat menentukan Pakatan Harapan (PH) ini didominasi oleh siapa.
2. Najib dan UMNO berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan UMNO. Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH.

3. Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri.
4. Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu. Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit. Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.
5. Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu billion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit.
6. Yang perlu ditentukan oleh Barisan Nasional ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia.
7. Bekas wakil Transparency International di Malaysia pula cukup telus dan transparent. Tentulah dia nampak duit 1 billion yang ada pada saya. Dinding setebal 10 kaki pun, matanya boleh tembusi. Apatah lagi duit kertas.
8. Apalah sangat saya ini yang nak ditakuti. Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun. Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit. Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat.
9. Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.
10. Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah.
11. Teruskan dengan kecelaruan. Tubuhkan satu lagi 1MDB. Hutang berbillion lagi. Percayalah kamu akan disokong oleh konco-konco kamu selama-lamanya.
12. Tahniah – Congrats Najib.
13. We are so proud of you.

Tun Mahathir Mohamad
 13 Oct 2017

Wednesday, October 11, 2017

Dr M: Mahafiraun, Mahazalim 'benda kecil'



Digelar dengan pelbagai nama - termasuk Mahafiraun dan Mahazalim - namun bagi Tun Dr Mahathir Mohamad ia sebagai "perkara kecil".
Berucap di majlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak semalam bekas perdana menteri itu berkata beliau sanggup melupakan kecaman berkenaan kerana apa yang lebih penting kini ialah menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Justeru katanya beliau terbuka untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah memberi label buruk terhadapnya.
Mereka termasuklah veteran DAP Lim Kit Siang dan seorang lagi seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita mungkin tidak bersetuju mengenai perkara-perkara tertentu, tetapi kita mesti bersetuju dengan matlamat yang sama ini,” katanya seperti dilapor laman sesawang ismaweb.net.
Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun kini giat dalam kempennya menjatuhkan Najib dan BN menjelang pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Beberapa pihak menjangkakan pilihan raya akan diadakan seawal suku pertama tahun depan kerana BN mahu mengambil peluang daripada situasi pembangkang yang belum bersatu.
BERSATU dilihat giat menjadi jambatan untuk menghubungkan persefahaman antara PAS dengan Pakatan Harapan.
Dr Mahathir mendapat pelbagai gelaran buruk selepas beliau mengetepikan Anwar yang sebelum itu dilihat amat akrab dengannya.
Ketika ini Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja BERSATU.
Menurut beliau semua parti pembangkang perlu mengetepikan sebarang perbezaan dan menumpukan gerak kerja mengalahkan BN dalam pilihan raya.
Semalam Bernama melaporkan Dr Mahathir mengakui sukar untuk pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi 14 parti komponen.
Berucap di Lumur beliau berkata gabungan 14 komponen itu akan saling membantu semasa pilihan raya umum (PRU) dengan mengundi calon yang diletakkan di sesuatu kawasan.
Turut hadir di majlis itu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/358505#rig0Q0qXIjRmJsAT.99

Mahathir boleh minta maaf kalau...



Dua puluh dua tahun menjadi perdana menteri dan sekurang-kurangnya lima tahun terakhir beliau dilihat sebagai seorang perdana menteri kuku besi.
Pelbagai insiden pada era reformasi selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bukti pihak tertentu yang masih menganggap beliau tidak layak diikut dalam politik.
Sebenarnya sebelum itu pun Tun Dr Mahathir Mohamad sudah banyak menyusahkan pembangkang. PAS - Anwar masih dalam kerajaan ketika itu - menanggung pelbagai kesulitan.
Di bawah Allahyarham Datuk Fadzil Noor PAS berdepan pelbagai tekanan dan dari satu sisi ia memberi manfaat juga kepada parti itu. Sokongan dapat ditarik daripada orang ramai yang bersimpati.
Dalam keadaan begitu muncul kata-kata 'keramat' bekas ketua pembangkang itu yang mendoakan Dr Mahathir panjang umur supaya beliau dapat melihat hasil tangannya selama ini.
Dan itu jugalah 'fatwa' yang dipegang sebahagian penyokong PAS sehingga ke hari ini: "Makbul doa arwah Ustaz Fadzil."
Ketika Dr Mahathir mengubah paksi politiknya, pengkritik tetap menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas segala yang dilakukannya selama ini.
"Jika kita bercakap mengenai rasa kesal dan maaf, kedua-dua pihak perlu melakukannya bersama.
"Saya pernah dipanggil Mahafiraun, saya pernah digelar Mahazalim dan pelbagai gelaran lain yang tak patut, yang salah.
"Saya bukan firaun, saya bukan maha zalim," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya minggu lalu.
PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysua (BERSATU) sebagai salah satu anggota komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Mac lalu.
Siapa yang diktator
Di sebalik kepelbagaian latar dan dasar semua parti yang bergabung dalam pakatan itu, mereka melantik Dr Mahathir sebagai pengerusi.
Ia tidak diterima dengan mudah oleh sesetengah orang, terutama bekas aktivis proreformasi, serta penyokong kuat Anwar yang bertegas mendakwa Dr Mahathir telah menzalimi pemimpin mereka itu.
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi perdana menteri ramai rakyat di negara ini menikmati hidup yang baik.
"Mungkinlah sesekali saya sangat tegas tetapi saya bukan seorang diktator.
"Kalau saya diktator, saya akan menang 99 peratus kerusi tapi setiap kali ada pilihan raya, banyak parti pembangkang dapat sokongan, malah mereka boleh menguasai negeri.
"Dan semasa saya dalam Umno, saya benarkan orang mencabar saya untuk jawatan presiden, sedangkan Najib tidak. Sesiapa yang mencabarnya akan ditendang keluar dari parti.
"Jadi sekarang, siapa diktator?" katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Untuk rekod semasa zaman Dr Mahathir Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihan raya di negeri itu pada 1990 dan mentadbirnya. Empat tahun kemudian PBS sekali lagi berjaya namun gagal menubuhkan kerajaan negeri ekoran tindakan sebahagian wakil rakyat melompat parti.
PAS pula menguasai kerajaan Kelantan sejak pilihan raya umum 1990. Parti itu turut memerintah Terengganu - selama satu penggal - hasil kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1999.
Bagaimanapun Dr Mahathir menegaskan beliau enggan membangkitkan lagi isu yang sudah berlalu kerana semua pihak bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.
Dulu jatuh sekarang pulih
Katanya, ada beberapa pihak yang masih mengungkit kisah 18 tahun lalu tetapi jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding kumpulan yang bersetuju untuk menumpukan perhatian kepada usaha mengalahkan BN.
Malah, kata Dr Mahathir dari semasa ke semasa beliau melihat sokongan kepada pembangkang semakin bertambah.
"Saya terima hakikat sesetengah orang sukar menerima saya. Tapi tidak ada sesiapa yang boleh mendapat sokongan 100 peratus.
"Di mana-mana akan ada orang yang menentang saya, atau menentang seseorang," katanya.
Beliau kemudian menyatakan keyakinan keadaan akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Ketika mula-mula duduk bersama dan bersebelahan dengan veteran DAP, Lim Kit Siang, semasa majlis Deklarasi Rakyat, populariti kedua-dua mereka dikatakan jatuh teruk.
"Kami belum menubuhkan parti (BERSATU). Saya bersama Kit Siang untuk Deklarasi Rakyat dan kami bergambar bersama.
"Rating (tahap sokongan) saya jatuh, dan untuk DAP juga sama, tetapi sekarang sudah naik semula. Rating Kit Siang juga semakin pulih," katanya.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395528#f8dM8G7eXLHUr36Q.99

Saman balu: Mahkamah arah Najib, Rosmah bela diri




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tujuh yang lain untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman yang difailkan oleh balu penyiasat persendiran (PI) P Balasubramaniam.
Saman itu difailkan oleh A Santamil Selvi dan anak-anaknya. Santamil adalah balu Balasubramaniam, yang terbabit dalam kes warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati akibat diletupkan.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memberi mereka, termasuk dua adik Najib dan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham serta ahli perniagaan Deepak Jaikishian selama 14 hari bermula hari ini untuk berbuat demikian.
Hakim Hue hari ini menolak semua permohonan mereka yang mahu saman itu dibatalkan tanpa perlu mereka memfailkan pembelaan.
Ini adalah kali pertama Najib dikehendaki memfailkan pembelaannya apabila saman difailkan terhadapnya.
Santamil memfailkan saman itu dan mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.
Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397994#zdZEAyBpOtTibD8Q.99

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397994#zdZEAyBpOtTibD8Q.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...