Thursday, September 29, 2016
Wednesday, September 28, 2016
Berarah Kepada Politik Matang
Berarah Kepada Politik Matang
(For English Read Below)
1. Semenjak dua menjak ini, selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di luluskan, ada orang bertanya pendapat saya sama ada politik di Malaysia kurang matang.
2. Setakat ini, kalau kita lihat di sekeliling kita, apabila ada sesuatu isu atau kenyataan daripada sesuatu parti (BN atau PH) reaksi daripada pihak bertentangan ialah pekikan membantang dengan nada yang begitu keras dan lantang sekali. Kerapkali kelantangan ini disertakan dengan perasaan amarah, kadangkala sehingga menghina dan mencaci semata-mata kerana perbezaan pendapat
3. Bersuara memanglah hak kita di dalam sesebuah demokrasi, tetapi antara pekikan membantang yang keras dan bersuara dengan matang banyak bezanya. Perbezaan pendapat boleh dibincang dengan mengenengahkan fakta-fakta dan hujah-hujah yang bernas bagi menarik perhatian ramai. Ianya tidak semestinya di suarakan dengan nada yang begitu kasar dan mengutuk pendapat yang berbeza. Ianya tidak seharusnya melibatkan keperibadian seseorang melainkan keperibadian itu membawa kepada kemudaratan bagi seluruh masyarakat.
4. Tidak seperti seseorang Menteri baru-baru ini yang setiap kali cuba mematahkan hujahan pembangkang, akan berbalik menyerang keperibadian seterunya itu dan bukan mematahkan hujahannya.
5. Sesungguhnya di dalam halaman politik, kita perlu mendengar pendapat semua pihak dan mengambil kira perasaan semua pihak. Pendekatan yang matang akan membawa kepada dialog dan seterusnya jalan penyelesaian yang berdiplomasi bagi semua.
6. Diplomasi tak bererti kita lembik. Kita boleh bertegas, tetapi kita harus cari jalan berkompromi supaya Negara dan masyarakat boleh maju ke hadapan.
7. Diplomasi dan berdialog adalah batu asas politik
8. Apa guna bersuara lantang dan keras dalam membangkang jika kita akan hanya sakit tekak, hilang suara dan menjadi pekak?
9. Walaupun kebanyakan ahli politik dari parti PH berasal dari pelbagai NGO, dan pekikan membangkang adalah kelaziman mereka, saya harap mereka akan sedar bahawa Rakyat Malaysia sudah bosan mendengar ucapan yang sentiasa bernada marah.
10. Saya harap mereka akan sedar diri dan berubah menuju ideologi politik matang.
11. Politik matang sesuai untuk semua ahli politik bukan daripada Barisan Nasional kerana kalau kita ikut konsep ini, kita ada peluang besar untuk menang hati dan jiwa rakyat.
12. Politik matang adalah satu konsep yang akan membawa rakyat Malaysia bersatu padu ke arah masa depan.
13. Malah, politik matang adalah satu konsep yang patut diberi perhatian sewajarnya, kerana jika tidak keadaan Malaysia akan terus mundur.
14. Dengan politik matang, masyarakat Melayu boleh memerdekakan minda kita, kerana politik matang mempraktikkan konsep Maruah Melayu.
15. Justeru, untuk mencapai tahap politik matang, masyarakat Melayu perlu lenyapkan konsep Ketuanan Melayu daripada minda kita.
16. Kita harus berpegang kepada prinsip ikatan sejagat dan memperkasakan Maruah Melayu supaya kita dapat bergerak sebagai sebuah masyarakat yang bersatu walau berbeza pendapat, dan mengubah kepada politik matang.
17. Jika Masyarakat Melayu mempraktikkan politik matang, masyarakat daripada kumpulan etnik lain akan mula hormat kepada kita. BN akan takut dan mula menghormati kita.
18. Kita tidak boleh fikir tentang diri kita sahaja lagi. Malaysia tidak boleh dibina semula kalau kita ikut pendapat saya sahaja. Malaysia tidak boleh dibina semula kalau kita ikut cara dan pendapat seseorang sahaja. Malaysia hanya boleh dibina semula kalau kita semua Bersatu.
19. Kita harus membina semula Malaysia untuk anak anak dan cucu-cicit kita. Itulah tanggungjawab kita semua.
20. Oleh itu, saya ingin semua ahli PPBM menjadi pembela negara supaya negara kita berarah menuju masa depan dengan berpandukan konsep politik matang yang sehaluan dengan konsep Maruah Melayu.
Bersatu, Beramanah, Bermaruah
-----------------------------------
The Need for Mature Politics
1. Since the approval of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), some have asked my opinion if there is some level of immaturity from various quarters when it comes to politics.
2. Currently, if one were to look around, whenever a statement is issued (either from BN or PH), there seems to be automatic heated response and finger pointing without any basis. This stems from the pent up anger that has lately been ejaculated to which has become personal vendettas with the intent to assassinate a character.
3. In a democracy, it is our right as citizens to voice out our frustrations, however, shouting our frustrations will not bring any form of solutions. Dissenting voices must be backed up by facts and allowing others to also voice their opinions based on facts. We should not use our anger to shout with the intent of character assasination. We must remember that our words can affect a society's wellbeing.
4. We should not be like a certain Minister whom, yesterday, having received a phyric victory when two individual's lawsuits were withdrawn, proceeded to character assasinate a movement's figurehead so as to intentionally avoid the main points of contention which ails the country's progress.
5. In politics, we need to hear differing viewpoints from all sides. A mature approach to politics will allow everyone to enter a dialogue that will inevitably result in solutions via the use of diplomacy.
6. Diplomacy does not mean weakness. One can be firm, but sustainable solutions for the long term benefit of the nation and its society lies in a series of compromises.
7. Diplomacy and dialogues are the basic foundations of politics.
8. What is the point of shouting when all it results in everyone shouting, a sore throat, losing our own voice and deaf? We should not lose our testicles because of politics of individualism and hatred.
9. Most of the current Pakatan politicians have roots in NGO's, where shouting their concerns is part of their character. I pray that they begin to realise anger can not become the engine for this nation to move sustainably forward and that the voters do not want to hear politics of anger.
10. I pray they realise that to become the nation's engine we need to evolve towards mature politics.
11. We in the Opposition coalition want to win, and by practicing mature politics we can win over the hearts and minds of the voting public. We should not be like BN who are experts in manipulating people's emotions.
12. Mature politics is the only way for us to bring this nation forward. Together
13. If we do not practice mature politics, Malaysia will further regress.
14. The Malay community will be the biggest beneficiaries of mature politics as it is part of the Malay Values (Maruah Melayu)
15. Thus, to achieve mature politics, the Malay Community must reject outright the concept of Ketuanan Melayu
16. We must hold on to the concept of the universal bond that is Malaysia and empower Maruah Melayu so Malaysians can eventually move forward together as one, despite our individual differences and evolve towards Mature Politics.
17. If the Malay Community practices mature politics, the other communities will begin to respect us. BN will be shaken and also start to respect us.
18. We cannot act and think of us as individuals. Malaysia cannot begin reconstruction if we follow our own whims and fancies. Malaysia cannot reconstruct if you, the people, follow my own whims and fancies. Malaysia can only begin reconstruction of we, together you and I, work together. Yes, Bersatu.
19. We must begin reconstructing Malaysia for our children and grandchildren. This is our responsibility. The responsibility lies with you and I.
20. Therefore, I wish all members of PPBM to be the vanguards to reconstruct our nation for a sustainable future. We must advocate for mature politics which is part and parcel of Maruah Melayu.
post by Tariq Ismail
BERSATU
Bersatu
(For English Read Below)
1 Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilarang mengguna perkataan “Bersatu” saya ingin menekankan “Bersatu” adalah teras perjuangan seluruh rakyat Malaysia.
2 “Bersatu” bukannya perihal Tun Dr Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya mengemudi bahtera “Bersatu”.
3 Perjuangan untuk “Bersatu” merupakan suatu landasan bagi semua parti-parti pembangkang supaya bersatu padu bagi mencari persepakatan, penyelesaian dan memimpin negara ini.
4 “Bersatu” menyediakan suatu landasan bagi pihak berhaluan tengah, terutamanya bagi mereka yang tidak bersekutu supaya bersatu padu bagi membina semula negara
5 Pernyataan peribadi saya bagi khalayak ramai masih tidak berubah sejak dahulu - untuk maju ke hadapan, rakyat Malaysia perlu saling memahami antara satu sama lain.
6 Di waktu ini, rakyat Malaysia sudah hilang keupayaan untuk saling memahami antara satu sama lain.
7 Contohnya, apabila saya menyentuh perihal “Maruah Melayu”, ada yang percaya bahawa saya mempromosi isu ini secara eksklusif untuk Masyarakat Melayu sahaja. Ini tidak betul.
8 Maruah Melayu adalah sistem peradaban dan budaya masyarakat Melayu. Ia adalah ibarat budaya Bushido cuma bagi Melayu. Jika kita tidak tahu keperincian adat resan dan budaya kita sendiri, Malaysia tidak mungkin dapat mengarah kepada masyarakat yang serba inklusif.
9 Budaya berteraskan “Maruah Melayu” menyarankan kemasyarakatan yang inklusif dan bukan ibarat katak bawah tempurung.
10 Politik di Malaysia di waktu ini menjelekkan dan menjijikkan, serta berlagak cauvinis. Kita berpeluang untuk mengubah keadaan ini.
11 Saya sendiri menyertai PPBM kerana terdapat suatu vakum di dalam arena politik tanahair bagi membincangkan isu-isu politik secara matang. Malah sejak sebelum tertubuhnya PPBM lagi, saya memang menyarankan penerapan nilai nilai supaya “Bersatu”.
12 Di dalam konteks inilah, lebih penting bagi negara ini menuju suatu evolusi politik.
13 Saya menyaksikan negara ini dirantai dan digugat oleh kerana bahtera yang hamper tenggelan ditelan arus politik yang tidak bermoral. Semata-mata kerana kerenah pemimpin-pemimpin di puncak gunung.
14 Saya menyeru kepada semua, supaya tidak mengambil peduli nama keluarga saya. Sebaliknya, nilailah saya berdasarkan perwatakan dan peribadi saya, serta tindak-tanduk saya sendiri sebagai pemimpin.
15 Saya tak sampai hati kalau hidup bermewah tapi rakyat di Malaysia semakin mundur dan hidup melarat.
16 Inilah warisan saya - Jaga hati kebajikan rakyat.
17 Kita mesti mendengar pendapat dan rintihan semua pihak. Kita perlu berbalik kepada adat resam dan budaya kita yang selama ini mendokong nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan bagi semua, agar negara tercinta ini dapat menuju sebuah peradaban yang maju.
18 Rakyat adalah tenaga penggerak yang mampu mengemudikan bahtera yang “Bersatu” ini.
19 Marilah kita meggunakan peluang ini supaya dapat benar benar “Bersatu”.
20 Kemerdekaan Minda Melayu secara khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya, dari belenggu Ketuanan Melayu satu-satunya jalan yang akan mebenarkan kita supaya mencari jalan penyelesaian yang berkekalan bagi memperkasakan ekonomi, pendidikan dan generasi muda negara ini.
21 Hanya dengam kita “Bersatu” dapat kita kembalikan aturan undang undang (rule of law), kerana undang undanglah penentu peradaban sesebuah masyarakat. Penjenayah, penyamun dan lanun tidak berminat dengan keadilan dan kesaksamaan. Mereka hanya berminat untuk mengisi poket mereka sendiri.
22 “Bersatu” merupakan titik tolak untuk maju ke hadapan. “Berpadu” dengan berpandukan nilai nilai budaya dan adat kita.
23 Bersatu ialah mendokong aturan undang undang.
24 Bersatu adalah pertanggungjawap. Tanggungjawap bukan sahaja untuk diri kita sendiri dan untuk seluruh masyarakat Malaysia.
25 Rukun Negara kita sendiri menyarankan supaya “Bersatu". Inilah azimat kita.
26 Bersatu adalah keyakinan. Keyakinan untuk diri kita sendiri. Keyakinan akan satu satu sama lain. Keyakinan dalam mencari penyelesaian terbaik supaya negara ini maju. Keyakinan dalam keinginan untuk membentuk Kerajaan baru.
Bersatu, Beramanah, Bermaruah
--------------------------------------------------------------------------------
1 Although Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) is not officially allowed to use the word “Bersatu”, that being said the word “Bersatu” is our national cause.
2 “Bersatu” is not about Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin for they are merely the Generals for the cause.
3 The cause of “Bersatu” is a platform for the other parties of the Opposition block to unite in order for a consensus, construct and lead the nation.
4 “Bersatu” provides a real centrist platform, especially for the neutrals to come together to rebuild the nation.
5 My personal messages for the masses have always been consistent. To move forward as a nation requires EVERYBODY to firstly understand each other.
6 At this point of time, Malaysians have lost the ability to understand each other.
7 For example, when I speak of Maruah Melayu, some believe that I am promoting exclusivity for and amongst the Malays. This is not so.
8 Maruah Melayu is merely our value system, our so called Bushido. If we do not know our values, or discard it, one can forget that Malaysia can aim for an inclusive society.
9 Maruah Melayu preaches inclusivity and teaches us to not live in silos.
10 Malaysian Politics reeks of a foul stench and portrays itself to be chauvinistic. We have a chance to change it.
11 The void of having a mature platform within the Malaysian political sphere is why I joined PPBM. Prior to its inception and approval, I have promoted the values of “Bersatu”.
12 An evolution for the nation is evermore pertinent.
13 I am witnessing a nation that is shackled and threatened due to a ship that has tipped its scale and lost its own moral compass. This is because of the monkey business at the top of the leadership chain.
14 I plead to all, do not view me as a grandson of a famous leader. Whilst I hold dearly the values of my famous ancestors, judge me for me and via my actions.
15 I cannot stand to sit comfortable within the confines of my own home, when what I see before me are the people of Malaysia shackled and crying for a just leadership.
16 This is my heritage. Look after the welfare of the people.
17 We must listen to everyone. We must use our values to justly fight for the nation to finally move as one.
18 The people are the fuel that can energise the Bersatu engine to drive this nation forward.
19 Let us use this chance to finally become “Bersatu”.
20 The emancipation of the Malay Mind and the people of Malaysia will allow us to work towards a sustainable solution for our nation’s economy, education and our youth.
21 Together, we can bring back the rule of law, for laws is what separates us from the beast. The criminal is not interested in what is just. He only wishes to line his own pocket.
22 Bersatu is to move forward. Together, by following our value systems.
23 Bersatu is to uphold the rule of law.
24 Bersatu is Responsibility. Responsibility for not only ourselves, but to one another.
25 The Rukun Negara itself is Bersatu. This is our Beacon.
26 Bersatu is Confidence. Confidence in ourselves. Confidence with one another. Confidence in finding the correct formula to bring this nation forth. Confidence in wanting to be the new Government.
Monday, September 26, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)





















